Friday, September 21, 2012

Pendapat Mashudi kader tentang kata "adalah" (SINTAKSIS)

Terdapat pelbagai pendapat tentang kata ada antaranya mengemukakan kata ada sebagai Kata Kopula seperti Mashudi Kader mengatakan bahawa kata ada merupakan Kata Kopula, seterusnya Ramli Haji Salleh juga menganggap kata ada merupakan Kata Kerja utama dalam Bahasa Melayu. Asmah juga mengemukakan pendapat bahawa ada merupakan Kata Kopula

 Terdapat juga pertentangan pendapat tentang kata ada sebagai Kata Kerja atau Kopula antaranya pendapat dari tokoh seperti Nik safiah dan Darwis . Kesemua tokoh–tokoh ini mempunyai alasan yang tertentu untuk mengukuhkan pendapat masing-masing.

Kami ingin menjelaskan dan meniliti disini tentang pendapat yang dikemukakan atau yang dilontarkan oleh seorang tokoh yang dikenali sebagai Mashudi Kader . Kami akan meneliti pendapat Mashudi Kader tentang  kata adalah sebagai kata kopula dan bukan Kata Pemeri.

. Mashudi Kader (1981) mengemukakan bahawa kata ada mempunyai  tiga makna iaitu yang pertama ialah sebagai Kata Kerja milik , yang secara dasarnya  sama dengan perkataann Bahasa Inggeris iaitu has dan have . Sebagai contoh,  Maria  ada sebuah rumah . Kata Kerja milik ini menunjukkan ada merujuk kepada mempunyai atau memiliki sebuah rumah misalnya. Oleh itu, Kata Kerja atau Kata Kopula ada berfungsi sebagai Kata Kerja milik .

Selain itu, Mashudi Kader juga memberi makna bahawa kata ada juga merupakan Kata Kopula atau Kata Kerja . Kata Kerja atau Kata Kopula merupakan kata yang membawa erti yang sama . Ada tidak seperti Kata Kerja lain seperti berjalan . Berjalan merupakan sepenuhnya Kata Kerja dan kita juga dapat mengetahui bahawa ia merupakan Kata Kerja , tetapi kata ada merupakan separuh Kata Kerja tetapi ia dianggap tergolong sebagai Kata Kerja dan bukannya Kata Pemeri yang dikemukakan oleh Nik Safiah . Contohnya dalam ayat tersebut ialah  Maria adalah seorang murid dan Maria adalah pandai .Adalah yang digunakan disini membawa tugas sebagai Kata Kerja.

Makna adalah seterusnya yang dikemukakan oleh Mashudi Kader ialah  satu morfem yang menunjukkan kewujudannya contohnya seperti  Maria ada di rumah dan Maria ada . Ada dalam ayat di atas memberi erti kewujudan seseorang di sesuatu tempat tersebut contohnya dalam ayat di atas bermaksud Maria ada di rumahnya . Akhirnya terdapat tiga makna iaitu sebagai Kata Kerja milik , Kata Kopula atau Kata Kerja dan akhirnya menunjukkan kewujudannya .

Setiap pendapat beliau tentang kata ada dalam bahasa Melayu mempunyai bukti yang kukuh. Antaranya terdapat beberapa bukti yang menyokong pendapat Mashudi Kader tentang kata adalah sebagai Kata Kopula atau Kata Kerja . Dalam perbincangan ini, pengkhususan kita adalah tentang kata ada sebagai Kata Kopula lazimnya digugurkan pada stuktur L  dalam stuktur seperti FN - FN dan stuktur FN - FA .

 Dengan demikian, kita akan memperolehi ayat seperti berikut iaitu Maria seorang murid atau Maria pandai . Pada dasarnya, ayat tersebut seperti Maria adalah seorang murid atau Maria adalah pandai ,tetapi apabila kata adalah digugurkan, ayat tersebut menjadi Maria seorang murid dan Maria pandai . Oleh sebab itu, hal ini dapat mengukuhkan pendapat Mashudi Kader bahawa kata ada merupakan Kata Kopula.

Bukti seterusnya yang dikemukakan oleh Mashudi Kader untuk mengukuhkan pendapatnya tentang kata adalah sebagai Kata Kerja ialah Kata Kerja adalah itu mesti wujud pada kedudukan awal ayat dalam soalan ‘ya atau tidak’. Andaian adanya Kata Kerja dalam setiap ayat contohya seperti Adakah maria seorang murid? atau Adakah maria  pandai ? Perkataan adakah akan wujud di depan ayat dalam soalan ‘ya atau tidak’. Hal ini membuktikan bahawa kata adalah merupakan Kata Kopula dan bukan sesekali Kata Pemeri dalam bahasa Melayu . Bukti ini dapat mengukuhkan lagi pendapat Mashudi Kader.

Terdapat bukti lain yang dikemukakan oleh Mashudi Kader tentang kata adalah sebagai Kata Kopula ialah kata ada wujud atau boleh diikuti oleh Kata Bantu  iaitu sudah  akan, mesti dan, tidak. Sebenarnya, Kata Bantu dalam bahasa Melayu hanya boleh diikuti oleh Kata Kerja ataupun dalam erti kata lain sebagai  Kata Kerja, ia hanya boleh didahului oleh kata Kerja Bantu .

 Pendapat Mashudi Kader tentang kata adalah sebagai Kata Kopula telah terbukti kesahihannya dalam  contoh ayat seperti berikut iaitu (a) Maria sudah ada di perpustakan bila saya tiba, (b) Dia akan ada dirumah minggu depan, (c) Awak mesti  ada disana pada pukul satu dan (d) Ahmad tidak ada di pejabatnya . Seperti yang kita semua tahu, Kata Bantu  hanya akan diikuti Kata Kerja selepasnya . Jadi, disini terbukti bahawa ia dapat  mengukuhkan pendapat Mashudi Kader  bahawa kata adalah merupakan Kata Kopula.

Terdapat bukti yang terakhir yang dinyatakan oleh seorang tokoh yang sangat dihormati iaitu Mashudi Kader tentang kata adalah bahawa Kata Kopula iaitu kata ada boleh digugurkan dalam stuktur pengguguran  FK contohnya dalam ayat berikut iaitu John sudah ada dirumah ,Mary juga sudah . Pada asalnya, John sudah ada dirumah, Mary juga sudah ada tetapi kata ada dalam ayat terakhir telah digugurkan.

Kesimpulannya, daripada bukti di atas, kita boleh menggambarkan bahawa kata ada merupakan Kata Kerja biasa yang sama dengan Kata Kerja bahasa Inggeris be . Semua di atas merupakan bukti yang dikeluarkan oleh Mashudi Kader untuk mengukuhkan pendapat beliau bahawa kata adalah merupakan Kata Kopula dan bukan Kata Pemeri. Berdasarkan bukti –bukti yang dikeluarkan oleh Mashudi Kader ini, kita dapat lihat bahawa terdapat kebenaran tentang penggunaan kata adalah sebagai Kata Kerja.

Sebelum kita memulakan atau mengemukakan pendapat tokoh seterusnya kita perlu mengetahui atau memahami penggunaan adalah dalam bahasa Melayu iaitu sama ada Kata Kopula atau Kata Pemeri. Sebelum ini kami hanya mengetahui bahawa Kata adalah merupakan Kata Pemeri iaitu tergolong dalam Kata Tugas dalam bahasa Melayu .
Apabila kami mengkaji pendapat setiap tokoh seperti Mashudi Kader dan lain-lain kami lebih mengetahui dan memahami penggunaan adalah dalam bahasa melayu. Oleh itu, bukti-bukti untuk mengukuhkan pendapat yang dikemukakan adalah sangat penting.

Sintaksis bahasa Melayu merupakan buku yang ditulis oleh Ramli Haji Salleh . Ramli Haji Salleh merupakan seorang lagi tokoh yang sangat dikagumi dan telah memberi sumbangan untuk memartabatkan bahasa Melayu itu. Beliau merupakan tokoh yang sangat penting dalam memperjuangkan penggunaan  bangsa Melayu itu sendiri. Beliau juga telah memberi pendapat tentang kata adalah dalam bahasa melayu.

.Beliau juga telah mengemukakan pendapat  tentang kata adalah. Beliau menyifatkan adalah sebagai Kata Kerja utama. Bahagian ini membincangkan idea bahawa Kata Pemeri ada  merupakan kata kerja utama dalam bahasa melayu.Kata Kerja utama itu bermaksud kata kerja yang sangat penting dan sering digunakan untuk menghasilkan sesuatu ayat. Idea ini  dapat diperakukan  jika rumus untuk pengembangan ayat  seperti  dalam stuktur ayat 18 (a) A  → FN FLEKSI’ (a) FLEKSI’→FLEKSI FK yang diulang  sebagai 43 (a) A→FN FLEKSI’ (b) FLEKSI → FLEKSI FK dapat diterima.

Antara kesan yang timbul akibat daripada idea ini ialah kesimpulannya bahawa dalam ayat 43 (a) A→FN FLEKSI’ (b) FLEKSI’→FLEKSI FK ialah stuktur yang betul bagi ayat dalam bahasa melayu,dan bukannya dalam ayat  44 (a) A→FN + FN dan A→FN + FK seperti yang dicadangkan  oleh ahli bahasa Melayu.

Kesan lain berkaitan penandaan Kasus. Penandaan kasus juga dikenali sebagai satu lagi prinsip bebas yang berinteraksi dengan rumus pemindahan Kata Kerja dan mengawal aplikasinya. Ciri dasar bagi teori kasus yang abstrak adalah seperti yang yang berikut. Setiap  FN leksikal  memerlukan  kasus  di peringkat stuktur L .Jikalau tidak,“tapisan kasus”akan menandakan stuktur tersebut  sebagai tidak gramatis di tahap bentuk fonetik atau komponen BF yang merupakan  tahap yang mewujudkan pencirian bunyi.

Dibawah akan diberikan beberapa justifikasi untuk memilih dalam ayat 43 (a) A→FN FLEKSI’(b) FLEKSI’→FLEKSI,dan bukannya 44 (a)A→FN+FN atau A→ FN + FK. Walaubagaimanapun,sebelum berbuat demikian kita akan membuat satu ulasan  ringkas  mengapa penyokong stuktur ayat tersebut  menganggapnya sebagai rumus yang betul untuk mengembangkan ayat dalam bahasa Melayu.

Perhatikan ayat-ayat berikut ( a ) Ahmad guru ( b) Ahmad pandai ( c )Ahmad pergi ke sekolah. berdasarkan (44), ayat dalam bahasa (45) akan ditandakan stuktur  ( 46 ) a A→ FN  + FN Contohnya dalam ayat Ahmad guru yang kedua ialah (46)b A→ FN + FK dalam ayat seperti berikut iaitu Ahmad pandai .

 Rumus 44 mengatakan bahawa sesetengah ayat tidak mempunyai Kata Kerja tetapi  mungkin mempunyai Kata Nama atau Kata Adjektif  sebagai prediket seperti yang tergambar  dalam ( 46 a) dan ( 46 b). Adjektif ialah sebagai unsur karyaan dan didefinisikan  mengikut ciri sintaksis [ + N,+ K]. Ini disebabkan Adjektif dan Kata Kerja wujud secara menyaling.

Oleh sebab demikian Mashudi Kader dan Ramli Haji Salleh mengemukakan pendapat yang selari tetapi memberi alasan dan bukti-bukti yang berbeza. Setiap pendapat yang dikemukakan oleh seseorang individu yang mempunyai bukti yang kukuh sebenarnya adalah benar .
 Kesimpulannya Mashudi Kader mengatakan kata adalah berfungsi sebagai Kata Kopula atau Kata Kerja dalam ayat – ayat dalam bahasa melayu seperti ‘be‘ dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai kata kerja. Beliau mempunyai lima bukti untuk mengukuhkan pendapat beliau. Seterusnya Ramli Haji Salleh mengatakan Kata adalah merupakan  Kata Kerja utama dalam bahasa Melayu. Ramli Haji Salleh mengatakan bahawa terdapat kesan- kesan yang timbul antaranya mewujudkan stuktur ayat yang betul dalam bahasa Melayu dan memberi kesan terhadap  penandaan Kasus.




No comments:

Post a Comment