Thursday, March 24, 2011

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

GENERASI hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya,
bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu
Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. Perkataan "Melayu" sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur; catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). 

Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16. Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum. Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. 

Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia,bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis;
dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma’syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.

Dr. Shaharir Mohamad Zain ialah mantan Profesor Matematik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sunday, March 6, 2011

Fonologi

Adalah bidang kajian yang berkisar kepada pengetahuan linguistik.
Fonetik adalah sebahagian daripada fonologi
Fonetik menghurai bunyi-bunyi bahasa
Fonologi adalah bidang yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa ini membentuk sistem dan paten/corak dalam bahasa manusia.  (kajian sistem bunyi dalam sesuatu bahasa)
Merujuk kepada sama ada representasi bagi bunyi-bunyi dan paten bunyi dalam tatabahasa penutur.
Pengetahuan fonologi membenarkan penutur menghasilkan bunyi-bunyi yang membentuk ujaran yang bermakna, membolehkan mengenal pasti aksen-aksen asing, untuk membentuk perkataan baru dan untuk mengetahui apakah bunyi yang terdapat atau tidak terdapat dalam sesuatu bahasa.

Diftong

Diftong  merupakan penghasilan satu bunyi vokal yang kemudiaannya mengeluncur menuju ke posisi vokal yang lain.
Dengan kata lain, sebutan sesuatu bunyi vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal yang lain.  
Bunyi vokal yang kekal dan tidak mengeluncur dipanggil sebagai vokal asli.
Definisi lain yang diberikan kepada diftong adalah merujuk kepada pencantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas sahaja. 
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga diftong yang telah dikenal pastiDiftong-diftong ini adalah [ai], [au], [oi].

 

Penghasilan bunyi vokal

bunyi vokal boleh diklasifikasi berdasarkan posisi ketinggian lidah, bahagian lidah yang terlibat dan kedudukan bibir.
Kalau bunyi konsonan boleh terdiri daripada bersuara dan tidak bersuara, untuk bunyi vokal pula  kesemua  bunyi vokal   bersuara.
Ini kerana semasa penghasilan bunyi vokal, tidak ada gangguan yang berlaku dalam rongga mulut atau rongga hidung
Kebanyakan bunyi vokal dihasilkan dengan cara  melengkungkan bahagian lidah ke bahagian lelangit
Oleh itu, kedudukkan bunyi vokal berdasarkan kepada posisi bahagian lidah  yang tertinggi.
Ketinggian lidah bermaksud bahagian lidah  diangkat sejauh ke bahagian lelangit keras atau lelangit lembut.
Bunyi vokal yang dihasilkan dengan cara menaikkan depan lidah ke arah lelangit keras dikenali sebagai bunyi vokal depan, contohnya bunyi [imanakala vokal yang dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut dikenali sebagai bunyi vokal belakang, contohnya bunyi [u]. 
  Jika bahagian lidah  berada di tengah-tengah  iaitu antara bahagian depan dan belakang maka bunyi-bunyi vokal ini  dikenali sebagai bunyi vokal tengah contohnya bunyi [«] dalam kataemak”.
Menyentuh akan peranan lidah dalam mengklasifikasi bunyi-bunyi vokal, kita boleh bahagikan kepada dua elemen iaitu  bahagian lidah yang dinaikkan dan elemen ke dua adalah ketinggian lidah atau kedudukan lidah.
Bahagian lidah yang terlibat dalam penghasilan bunyi vokal melibatkan bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang lidah
Bahagian depan lidah biasanya berperanan untuk menghasilkan bunyi vokal depan seperti [i], [e] dan [a] manakala bahagian belakang lidah berfungsi untuk menghasilkan bunyi vokal belakang seperti [u],[o] dan []
Elemen kedua iaitu ketinggian lidah merujuk kepada kedudukan lidah iaitu jarak antara lantai lidah dengan bahagian lelangit.
sempit
separuh sempit
separuh luas
Luas
Sempit atau luas merujuk kepada kedudukan lidah yang hampir dengan bumbung mulut.
Bunyi [imerupakan bunyi vokal depan sempit dan bunyi [u] merupakan bunyi belakang sempit
manakala bunyi [e] dan [o] lidah berada jauh ke belakang dan keadaan mulut yang lebih besar.
Bunyi-bunyi dipanggil bunyi vokal  depan separuh sempit [e]
bunyi vokal belakang separuh sempit [o].
Kualiti vokal juga sebahagian besarnya ditentukan oleh bentuk bibir.  
 Kedudukan bibir pula bermaksud keadaan atau bentuk bibir ketika kita membunyikan bunyi vokal iaitu sama ada bibir menjadi bundar atau hampar.

Bunyi konsonan pinjaman

geseran bibr-gigi tak bersuara [f], seperti dalam kata [fikir], [hafal], [maaf]
 
geseran bibir -gigi tak bersuara, seperti dalam kata [variasi], [aktiviti]
 
geseran gigi tak bersuara [P], seperti dalam kata [oPman], [hadiP]
 
geseran gigi bersuara[D],seperti dalam kata [Dalem], [haDer]
 
geseran gigi-gusi bersuara [z], seperti dalam kata [zaman], [azam], lafaz]
 
geseran gusi-lelangit keras tak bersuara [S], seperti dalam kata [Sawal], [iSarat
 
geseran lelangit lembut tak bersuara [x], seperti dalam kata [xabar], [axbar], [taware
 
geseran lelangit lembut bersuara [Ä] seperti dalam kata [Äaeb], [loÄat], [baleÄ]

Konsonan bahasa Melayu

hentian dua bibir tak bersuara [p], contohnya dalam kata [padi], [sapa], [tutup]
hentian dua bibir bersuara [b], contohnya dalam kata [buda/], [ubat], [adab]
hentian gigi-gusi tak bersuara [t], contohnya dalam kata [tali], [atap], [j&«rat]
hentian gigi-gusi bersuara  [d], contohnya dalam kata [dadu], [adap], [abad]
hentian lelangit lembut tak bersuara [k], contohnya dalam kata [kami], [ikan], kata pinjaman [cek]
 
hentian lelangit lembut bersuara  [g], contohnya dalam kata [guru], [p«gaN], kata pinjaman [beg]
hentian glotis/pita suara [ ?] , contohnya dalam kata [so?al], [buda?]
letusan lelangit keras-gusi tak bersuara [c&&], contohnya dalam kata [c&&ari], [luc&&u]
letusan lelangit keras-gusi bersuara  [j&], contohnya dalam kata [j&ari], [huj&an]
geseran gusi tak bersuara [s], contohnya dalam kata [saja], [masin], [kurus]
geseran glotis tak bersuara [h], contohnya dalam kata [hutan], [tahu], [buah]
getaran gigi-gusi bersuara [r], contohnya dalam kata [rumah], [buru], [kapur]
 
sisian gigi-gusi bersuara [l], contohnya dalam kata [lama], [malu], [gatal]
nasal dua bibir bersuara [m], contohnya dalam kata [mata], [l«mah], [j&arum]
nasal gigi-gusi bersuara [n], contohnya dalam kata [nasi], [panas], [rotan]
nasal lelangit keras-gusi bersuara [ø], contohnya dalam kata [øaw«], [øaøi]
nasal lelangit lembut bersuara [N], contohnya dalam kata [Nilu], [NaNa], [yaN]
separuh vokal  bibir-lelangit lembut bersuara [w], contohnya dalam kata [waN], [bawah]
separuh vokal lelangit keras bersuara [j], contohnya dalam kata [juran], [saja]
 

Bunyi letusan (Afrikat)

Dihasilkan dengan cara yang agak yang sama dengan bunyi hentian tetapi bunyi letusan, udara akan ditahan untuk beberapa ketika baharulah dilepaskan dengan perlahan dan tidak serta merta seperti bunyi hentian.

Bunyi tamparan

Bunyi tamparan juga dikenali dengan nama tap atau flap. 
Bunyi tamparan mempunyai persamaan dengan bunyi getaran kecuali hujung lidah hanya ditampar sekali sahaja pada titik artikulasi.
Bunyi tamparan wujud dalam bahasa Inggeris Amerika seperti dalam penyebutan biasa /t,d,n/ dalam perkataan seperti “latter, ladder,tanner

Bunyi getaran

Bunyi getaran juga dikenali dengan bunyi trill.  Bunyi getaran dihasilkan dengan mengetarkan beberapa kali hujung lidah ke lelangit keras.
Hujung lidah menjadi artikulator aktif sementara lelangit keras menjadi titik artikulasi yang pasif.
Contoh bunyi getaran ialah bunyi getaran gigi-gusi bersuara iaiatu [r] seperti dalam perkataan “rumah” atau “ramai”

Bunyi sisian (lateral)

Sekatan aliran udara pada tengah-tengah terusan oral dan udara keluar dari kiri dan kanan dalam rongga mulut.
Contoh bunyi sisisan atau juga dikenali sebagai bunyi lateral dalam bahasa Melayu adalah /l/ seperti dalam katalalu”.
Hujung lidah dinaikkan ke arah belakang gigi dan udara akan kelaur melalui sisi lidah.