Wednesday, September 19, 2012

Kriteria umum dalam menentukan Representasi Dalaman



Kriteria Umum Dalam Menentukan Representasi Dalaman 

  •   Apabila sesuatu morfem itu mempunyai lebih daripada satu realisasi fonetik, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengenal pasti segmen manakah di dalam morfem atau kata tersebut yang telah mengalami proses altemasi dan di lingkungan manakah proses itu berlaku. Dalam bahasa A, misalnya, segmen x didapati beralternasi dengan segmen y pada posisi atau lingkungan tertentu di dalam kata. Penyebaran kedua-dua segmen ini adalah seperti berikut: x wujud di lingkungan a, dan y wujud di lingkungan b.

  •   Langkah seterusnya ialah membuat penentuan segmen manakah yang harus dipilih sebagai segmen dasar yang bakal direpresentasikan di peringkat representasi dalaman, iaitu sama ada segmen x atau segmen y atau segmen yang lain.

  • dalam masa yang sama, sebagai seorang pengkaji anda juga harus mengemukakan satu rumus fonologi yang beroperasi mengubah bentuk dasar kepada bentuk permukaan. Dalam keadaan ini, secara teorinya kita mempunyai empat pilihan yang munasabah (Kenstowicz 1979:60) yang dapat disenaraikan seperti yang berikut:

  •       i. Pemilihan x sebagai dasar dengan satu rumus fonologi seperti berikut: Segmen x berubah menjadi y apabila berada di lingkungan b.

  •      ii. Pemilihan y sebagai dasar dengan satu rumus fonologi seperti berikut: Segmen y berubah menjadi x apabila berada di lingkungan a.

  •       iii. Pemilihan z (segmen lain) sebagai dasar dengan satu rumus fonologi seperti berikut: Segmen z berubah menjadi x apabila berada di lingkungan a, dan segmen z berubah menjadi y apabila berada di lingkungan b.

  •      iv. Pemilihan xy sebagai dasar dengan satu rumus fonologi seperti berikut: Segmen y digugurkan apabila berada di lingkungan a, dan segmen x digugurkan di lingkungan b.

  •       Sungguhpun kita mempunyai empat pilihan yang boleh dianggap kesemuanya munasabah, pilihan yang diterima sebagai paling baik dan tepat seharusnya menepati kriteria-kriteria berikut iaitu

  •   Kriteria Kebolehramalan

  •   Kriteria Kemunasabahan  

  •   Kriteria Ekonomi  

  •   Kriteria Penyebaran 


  Kriteria Kebolehramalan
  Kriteria pertama yang sering dijadikan panduan untuk menetapkan bentuk dalarnan ialah ciri kebolehramalan (predictability) iaitu rumus tersebut mampu membuat ramalan yang tepat secara fonologisnya tentang proses perubahan atau alternasi yang berlaku.
Contoh: Data  bahasa Perancis 

[p«tit ami]‘kawan kecil’      [p«ti garso] ‘budak lelaki kecil’
[p«tit okl]‘bapa saudara kecil’    [p«ti per]  ‘bapa kecil’

No comments:

Post a Comment