Wednesday, September 19, 2012

Alternasi dan Bentuk Dasar



  •   setiap morfem atau kata itu mempunyai dua tingkat representasi, iaitu
(i) representasi dalaman
(ii) representasi permukaan
  •    Representasi dalaman merupakan satu representasi yang bersifat abstrak
  •   Representasi permukaan pula merupakan representasi yang bersifat konkrit yang memanifestasikan penyebutan sebenar morfem atau kata dalam ujaran
Prinsip Asas Analisis Fonologi
  •   representasi untuk bentuk dasar atau bentuk dalaman itu seharusnya sama dengan bentuk permukaan
  •   apa yang didengar itulah yang direpresentasikan  di dalam leksikon mental
  •        Tetapi, apabila kita merepresentasikan [dapo] sebagai /dapur/ sebagai bentuk dalaman, maka timbullah suatu keadaan yang bersifat abstrak kerana apa yang didengar itu berbeza daripada apa yang direpresentasikan di peringkat mental
  •        Dalam kajian fonologi, pendeskripsian yang mengusulkan representasi dalaman yang bersifat abstrak ini dibolehkan, jika terdapat bukti-bukti fonologi yang munasabah untuk mewajarkan analisis yang sedemikian.
  •        Antara bukti-bukti fonologi yang lazim digunakan untuk menjustifikasikan representasi dalaman yang abstrak sifatnya itu ialah proses altemasi morfem dan kekangan penyebaran
Alternasi Morfem
  •   Apabila morfem digabungkan untuk membentuk kata terbitan, penggabungan tersebut menyebabkan segmen tertentu daripada morfem-morfem tadi akan berada bersebelahan di antara satu sama lain, dan kadang kalanya akan mengalami perubahan. Sekiranya berlaku perubahan, maka ini menyebabkan morfem yang terlibat itu mempunyai realisasi fonetik yang lebih daripada satu. Keadaan seperti ini dikenali sebagai alternasi (alternation), iaitu sesuatu morfem itu mempunyai penyebutan yang berlainan berdasarkan konteks atau lingkungan yang berbeza. Setiap varian penyebutan itu dikenali sebagai alternan (alternant) atau alomorf bagi morfem tersebut (Kenstowicz 1979:27)
Kekangan Penyebaran
  •   penyebaran bermaksud lingkungan atau posisi atau konteks yang diduduki oleh sesuatu bunyi atau segmen di dalam perkataan
  •   kriteria penyebaran biasanya digunakan untuk menentukan status sesuatu bunyi bahasa itu sama ada bertaraf fonem atau tidak
Analisis fonologi generatif
  •   Sebelum sesuatu rumus fonologi itu dikemukakan, terlebih dahulu anda harus mengenalpasti bunyi-bunyi yang terlibat dalam proses altemasi
  •   seterusnya, bunyi yang berstatus fonem atau yang menjadi segmen dasar yang bakal direpresentasikan di peringkat representasi dalaman pula harus ditentukan. Setelah itu, barulah boleh diutarakan rumus fonologi yang beroperasi menjana bentuk permukaan daripada satu bentuk dalaman yang telah ditetapkan itu
  •   pemilihan segmen dasar atau morfem dasar itu bukanlah sesuatu yang rambang yang boleh dilakukan sesuka hati, tetapi harus sejajar dan menepati kriteria­kriteria fonologi yang telah disyaratkan. Sekiranya bentuk dasar yang dipilih itu menepati kriteria-kriteria tersebut, maka analisis itu dianggap baik dan berwibawa


No comments:

Post a Comment