Friday, September 21, 2012

Pendapat Mashudi kader tentang kata "adalah" (SINTAKSIS)

Terdapat pelbagai pendapat tentang kata ada antaranya mengemukakan kata ada sebagai Kata Kopula seperti Mashudi Kader mengatakan bahawa kata ada merupakan Kata Kopula, seterusnya Ramli Haji Salleh juga menganggap kata ada merupakan Kata Kerja utama dalam Bahasa Melayu. Asmah juga mengemukakan pendapat bahawa ada merupakan Kata Kopula

 Terdapat juga pertentangan pendapat tentang kata ada sebagai Kata Kerja atau Kopula antaranya pendapat dari tokoh seperti Nik safiah dan Darwis . Kesemua tokoh–tokoh ini mempunyai alasan yang tertentu untuk mengukuhkan pendapat masing-masing.

Kami ingin menjelaskan dan meniliti disini tentang pendapat yang dikemukakan atau yang dilontarkan oleh seorang tokoh yang dikenali sebagai Mashudi Kader . Kami akan meneliti pendapat Mashudi Kader tentang  kata adalah sebagai kata kopula dan bukan Kata Pemeri.

. Mashudi Kader (1981) mengemukakan bahawa kata ada mempunyai  tiga makna iaitu yang pertama ialah sebagai Kata Kerja milik , yang secara dasarnya  sama dengan perkataann Bahasa Inggeris iaitu has dan have . Sebagai contoh,  Maria  ada sebuah rumah . Kata Kerja milik ini menunjukkan ada merujuk kepada mempunyai atau memiliki sebuah rumah misalnya. Oleh itu, Kata Kerja atau Kata Kopula ada berfungsi sebagai Kata Kerja milik .

Selain itu, Mashudi Kader juga memberi makna bahawa kata ada juga merupakan Kata Kopula atau Kata Kerja . Kata Kerja atau Kata Kopula merupakan kata yang membawa erti yang sama . Ada tidak seperti Kata Kerja lain seperti berjalan . Berjalan merupakan sepenuhnya Kata Kerja dan kita juga dapat mengetahui bahawa ia merupakan Kata Kerja , tetapi kata ada merupakan separuh Kata Kerja tetapi ia dianggap tergolong sebagai Kata Kerja dan bukannya Kata Pemeri yang dikemukakan oleh Nik Safiah . Contohnya dalam ayat tersebut ialah  Maria adalah seorang murid dan Maria adalah pandai .Adalah yang digunakan disini membawa tugas sebagai Kata Kerja.

Makna adalah seterusnya yang dikemukakan oleh Mashudi Kader ialah  satu morfem yang menunjukkan kewujudannya contohnya seperti  Maria ada di rumah dan Maria ada . Ada dalam ayat di atas memberi erti kewujudan seseorang di sesuatu tempat tersebut contohnya dalam ayat di atas bermaksud Maria ada di rumahnya . Akhirnya terdapat tiga makna iaitu sebagai Kata Kerja milik , Kata Kopula atau Kata Kerja dan akhirnya menunjukkan kewujudannya .

Setiap pendapat beliau tentang kata ada dalam bahasa Melayu mempunyai bukti yang kukuh. Antaranya terdapat beberapa bukti yang menyokong pendapat Mashudi Kader tentang kata adalah sebagai Kata Kopula atau Kata Kerja . Dalam perbincangan ini, pengkhususan kita adalah tentang kata ada sebagai Kata Kopula lazimnya digugurkan pada stuktur L  dalam stuktur seperti FN - FN dan stuktur FN - FA .

 Dengan demikian, kita akan memperolehi ayat seperti berikut iaitu Maria seorang murid atau Maria pandai . Pada dasarnya, ayat tersebut seperti Maria adalah seorang murid atau Maria adalah pandai ,tetapi apabila kata adalah digugurkan, ayat tersebut menjadi Maria seorang murid dan Maria pandai . Oleh sebab itu, hal ini dapat mengukuhkan pendapat Mashudi Kader bahawa kata ada merupakan Kata Kopula.

Bukti seterusnya yang dikemukakan oleh Mashudi Kader untuk mengukuhkan pendapatnya tentang kata adalah sebagai Kata Kerja ialah Kata Kerja adalah itu mesti wujud pada kedudukan awal ayat dalam soalan ‘ya atau tidak’. Andaian adanya Kata Kerja dalam setiap ayat contohya seperti Adakah maria seorang murid? atau Adakah maria  pandai ? Perkataan adakah akan wujud di depan ayat dalam soalan ‘ya atau tidak’. Hal ini membuktikan bahawa kata adalah merupakan Kata Kopula dan bukan sesekali Kata Pemeri dalam bahasa Melayu . Bukti ini dapat mengukuhkan lagi pendapat Mashudi Kader.

Terdapat bukti lain yang dikemukakan oleh Mashudi Kader tentang kata adalah sebagai Kata Kopula ialah kata ada wujud atau boleh diikuti oleh Kata Bantu  iaitu sudah  akan, mesti dan, tidak. Sebenarnya, Kata Bantu dalam bahasa Melayu hanya boleh diikuti oleh Kata Kerja ataupun dalam erti kata lain sebagai  Kata Kerja, ia hanya boleh didahului oleh kata Kerja Bantu .

 Pendapat Mashudi Kader tentang kata adalah sebagai Kata Kopula telah terbukti kesahihannya dalam  contoh ayat seperti berikut iaitu (a) Maria sudah ada di perpustakan bila saya tiba, (b) Dia akan ada dirumah minggu depan, (c) Awak mesti  ada disana pada pukul satu dan (d) Ahmad tidak ada di pejabatnya . Seperti yang kita semua tahu, Kata Bantu  hanya akan diikuti Kata Kerja selepasnya . Jadi, disini terbukti bahawa ia dapat  mengukuhkan pendapat Mashudi Kader  bahawa kata adalah merupakan Kata Kopula.

Terdapat bukti yang terakhir yang dinyatakan oleh seorang tokoh yang sangat dihormati iaitu Mashudi Kader tentang kata adalah bahawa Kata Kopula iaitu kata ada boleh digugurkan dalam stuktur pengguguran  FK contohnya dalam ayat berikut iaitu John sudah ada dirumah ,Mary juga sudah . Pada asalnya, John sudah ada dirumah, Mary juga sudah ada tetapi kata ada dalam ayat terakhir telah digugurkan.

Kesimpulannya, daripada bukti di atas, kita boleh menggambarkan bahawa kata ada merupakan Kata Kerja biasa yang sama dengan Kata Kerja bahasa Inggeris be . Semua di atas merupakan bukti yang dikeluarkan oleh Mashudi Kader untuk mengukuhkan pendapat beliau bahawa kata adalah merupakan Kata Kopula dan bukan Kata Pemeri. Berdasarkan bukti –bukti yang dikeluarkan oleh Mashudi Kader ini, kita dapat lihat bahawa terdapat kebenaran tentang penggunaan kata adalah sebagai Kata Kerja.

Sebelum kita memulakan atau mengemukakan pendapat tokoh seterusnya kita perlu mengetahui atau memahami penggunaan adalah dalam bahasa Melayu iaitu sama ada Kata Kopula atau Kata Pemeri. Sebelum ini kami hanya mengetahui bahawa Kata adalah merupakan Kata Pemeri iaitu tergolong dalam Kata Tugas dalam bahasa Melayu .
Apabila kami mengkaji pendapat setiap tokoh seperti Mashudi Kader dan lain-lain kami lebih mengetahui dan memahami penggunaan adalah dalam bahasa melayu. Oleh itu, bukti-bukti untuk mengukuhkan pendapat yang dikemukakan adalah sangat penting.

Sintaksis bahasa Melayu merupakan buku yang ditulis oleh Ramli Haji Salleh . Ramli Haji Salleh merupakan seorang lagi tokoh yang sangat dikagumi dan telah memberi sumbangan untuk memartabatkan bahasa Melayu itu. Beliau merupakan tokoh yang sangat penting dalam memperjuangkan penggunaan  bangsa Melayu itu sendiri. Beliau juga telah memberi pendapat tentang kata adalah dalam bahasa melayu.

.Beliau juga telah mengemukakan pendapat  tentang kata adalah. Beliau menyifatkan adalah sebagai Kata Kerja utama. Bahagian ini membincangkan idea bahawa Kata Pemeri ada  merupakan kata kerja utama dalam bahasa melayu.Kata Kerja utama itu bermaksud kata kerja yang sangat penting dan sering digunakan untuk menghasilkan sesuatu ayat. Idea ini  dapat diperakukan  jika rumus untuk pengembangan ayat  seperti  dalam stuktur ayat 18 (a) A  → FN FLEKSI’ (a) FLEKSI’→FLEKSI FK yang diulang  sebagai 43 (a) A→FN FLEKSI’ (b) FLEKSI → FLEKSI FK dapat diterima.

Antara kesan yang timbul akibat daripada idea ini ialah kesimpulannya bahawa dalam ayat 43 (a) A→FN FLEKSI’ (b) FLEKSI’→FLEKSI FK ialah stuktur yang betul bagi ayat dalam bahasa melayu,dan bukannya dalam ayat  44 (a) A→FN + FN dan A→FN + FK seperti yang dicadangkan  oleh ahli bahasa Melayu.

Kesan lain berkaitan penandaan Kasus. Penandaan kasus juga dikenali sebagai satu lagi prinsip bebas yang berinteraksi dengan rumus pemindahan Kata Kerja dan mengawal aplikasinya. Ciri dasar bagi teori kasus yang abstrak adalah seperti yang yang berikut. Setiap  FN leksikal  memerlukan  kasus  di peringkat stuktur L .Jikalau tidak,“tapisan kasus”akan menandakan stuktur tersebut  sebagai tidak gramatis di tahap bentuk fonetik atau komponen BF yang merupakan  tahap yang mewujudkan pencirian bunyi.

Dibawah akan diberikan beberapa justifikasi untuk memilih dalam ayat 43 (a) A→FN FLEKSI’(b) FLEKSI’→FLEKSI,dan bukannya 44 (a)A→FN+FN atau A→ FN + FK. Walaubagaimanapun,sebelum berbuat demikian kita akan membuat satu ulasan  ringkas  mengapa penyokong stuktur ayat tersebut  menganggapnya sebagai rumus yang betul untuk mengembangkan ayat dalam bahasa Melayu.

Perhatikan ayat-ayat berikut ( a ) Ahmad guru ( b) Ahmad pandai ( c )Ahmad pergi ke sekolah. berdasarkan (44), ayat dalam bahasa (45) akan ditandakan stuktur  ( 46 ) a A→ FN  + FN Contohnya dalam ayat Ahmad guru yang kedua ialah (46)b A→ FN + FK dalam ayat seperti berikut iaitu Ahmad pandai .

 Rumus 44 mengatakan bahawa sesetengah ayat tidak mempunyai Kata Kerja tetapi  mungkin mempunyai Kata Nama atau Kata Adjektif  sebagai prediket seperti yang tergambar  dalam ( 46 a) dan ( 46 b). Adjektif ialah sebagai unsur karyaan dan didefinisikan  mengikut ciri sintaksis [ + N,+ K]. Ini disebabkan Adjektif dan Kata Kerja wujud secara menyaling.

Oleh sebab demikian Mashudi Kader dan Ramli Haji Salleh mengemukakan pendapat yang selari tetapi memberi alasan dan bukti-bukti yang berbeza. Setiap pendapat yang dikemukakan oleh seseorang individu yang mempunyai bukti yang kukuh sebenarnya adalah benar .
 Kesimpulannya Mashudi Kader mengatakan kata adalah berfungsi sebagai Kata Kopula atau Kata Kerja dalam ayat – ayat dalam bahasa melayu seperti ‘be‘ dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai kata kerja. Beliau mempunyai lima bukti untuk mengukuhkan pendapat beliau. Seterusnya Ramli Haji Salleh mengatakan Kata adalah merupakan  Kata Kerja utama dalam bahasa Melayu. Ramli Haji Salleh mengatakan bahawa terdapat kesan- kesan yang timbul antaranya mewujudkan stuktur ayat yang betul dalam bahasa Melayu dan memberi kesan terhadap  penandaan Kasus.




Pendapat Darwis Harahap tentang kata "adalah" (SINTAKSIS)

            Setelah meneliti pendapat tokoh-tokoh di atas, kami akan menghuraikan pula pendapat Darwis Harahap tentang kata adalah. Darwis harahap dikatakan mengambil jalan tengah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan kata adalah. Beliau bersetuju dengan separuh pendapat Asmah dan separuh pendapat Nik Safiah. Tindakan beliau ini seolah-olah seperti lalang ditiup angin yang tidak mempunyai pendirian yang tetap. Malahan, kami beranggapan bahawa beliau tidak mahu pendapatnya dikecam oleh kedua-dua tokoh tersebut dan berharap ia diterima oleh semua orang.

            Pendapat pertama beliau tentang kata adalah ialah ia termasuk dalam golongan Kata Pemeri. Melalui pendapat ini, kita dapat lihat bahawa Darwis bersetuju dengan pendapat Nik Safiah tentang Kata Pemeri iaitu kelompok kata yang meluaskan makna kata lain. Selain itu, ketiadaan atau pengguguran perkataan adalah akan membuatkan ayat yang terhasil menjadi tidak gramatis. Kata Pemeri adalah meluaskan makna bahagian utama iaitu subjek dalam sesuatu ayat. Sekiranya kata Pemeri digugurkan, maka makna bahagian utama akan menjadi tidak jelas. Malahan, ayat tersebut akan menjdi tidak gramatis. Namun begitu, sekiranya makna bahagian utama sudah jelas, kehadiran Kata Pemeri adalah boleh digugurkan. Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat yang berikut iaitu Surat ini adalah untuk abang saya. Sekiranya perkataan adalah digugurkan, ayat yang terhasil ialah Surat ini untuk abang saya dan makna ayat tersebut boleh difahami. Keadaan ini bukan hanya berlaku pada perkataan adalah, malahan pada beberapa Kata Kerja lain seperti perkataan ada dan pergi yang diterangkan oleh Za’ba.

            Darwis Harahap turut berpendapat bahawa Kata Pemeri adalah sama seperti Kata Adjektif dan Kata Kerja. Seperti mana yang terdapat dalam rumus beliau, Kata Pemeri berada pada puncak yang sama dengan Kata Kerja dan Kata Adjektif iaitu di bawah puncak Kelompok Kata Karyaan. Ini bermakna, Kata Karyaan membawahi tiga golongan perkataan iaitu Kata Pemeri, Kata Kerja, dan Kata adjektif. Disebabkan ketiga-tiga golongan ini berada di satu tempat iaitu di bawah puncak Kata Karyaan, maka ketiga-tiga golongan perkataan ini tidak boleh hadir serentak atau bersama-sama.
Pendapat ketiga Darwis tentang kata adalah ialah kata tersebut hadir sebelum Kata Sendi Nama. Mengikut rumus yang direka oleh beliau, Kata Kerja, Kata Nama, dan Kata Sendi Nama berada sebaris di bawah kelompok Kelompok Kata Karyaan. Kita boleh lihat penggunaan kata adalah di hadapan Kata Sendi Nama. Ayat yang boleh menerangkan penyataan ini ialah Bunga ini adalah untuk isterinya. Ayat ini menunjukkan bahawa Kata Pemeri adalah boleh hadir sebelum Kata Sendi Nama untuk.

            Untuk menguatkan lagi bukti beliau tentang kebenaran kata adalah sebagai Kata Pemeri, Darwis membuat penyataan bahawa Kata Pemeri adalah tidak boleh hadir bersama dengan Kata Kerja atau Kata Adjektif. Kata Pemeri, Kata Kerja, dan Kata Adjektif berada di tempat yang sama. Oleh yang demikian, hanya salah satu sahaja daripada kata tersebut boleh hadir atau dalam erti kata lain Kata Pemeri tidak boleh diikuti oleh Kata Kerja dan Kata Adjektif. Untuk menghuraikan lagi maksud penyataan ini, kami akan menunjukkan dua ayat yang sesuai. Ayat yang pertama ialah Kawan saya adalah bekerja di Dewan Bahasa dan ayat yang kedua ialah Kawan saya bekerja di Dewan Bahasa. Ayat yang pertama menunjukkan kata adalah diikuti oleh Kata Kerja. Sesungguhnya, kita dapat lihat bahawa ayat yang terhasil tidak begitu gramatis berbanding ayat yang kedua iaitu setelah Kata Kerja digugurkan.

            Tambahan lagi, Darwis mengatakan bahawa kehadiran Kata Pemeri di dalam ayat dasar adalah wajib tetapi ia harus digugurkan dalam ayat terbitan. Keadaan ini dinamakan transformasi pengguguran. Semasa bertutur, penutur biasanya menggunakan ayat terbitan sama ada kerana transformasi pengguguran, transformasi pemindahan atau kedua-duanya sekali. Hal ini berlaku kerana perkara yang ingin disampaikan biasanya diutamakan oleh penutur dan bahagian yang sudah diketahui pendengar biasanya tidak disebut atau diulang lagi.

            Secara keseluruhannya, Darwis berpendapat bahawa kata adalah termasuk bawah kelompok Kata Pemeri iaitu di bawah puncak Kata Kerja. Oleh itu, pembinaan ayat yang meniru struktur bahasa asing dapat dihindarkan. Sesungguhnya, Bahasa Melayu telah memiliki peribadinya sendiri tetapi kajian terhadapnya masih jauh daripada memuaskan.

Sintaksis by Chomsky

Penerbitan buku Syntactic Structures (1957) dan The Aspects of Syntax (1965) oleh Chomsky telah membawa perubahan kepada dunia linguistik. Menurut Chomsky, bahasa adalah cerminan fikiran yang dipancarkan oleh akal. Chomsky mengandaikan bahawa akal manusia mengandungi satu set rumus yang berupaya menghasilkan ayat-ayat yang tidak terhad. Kertas kerja ini akan membicarakan tentang konsep rumus yang dikenali sebagai Rumus Struktur Frasa. Terdapat beberapa konsep yang mendasari Teori TG yang masih digunakan. Antaranya ialah konsep Struktur Dalamandan Struktur Luaran. SD adalah representasi sintaktik ayat yang bersifat abstrak dan berada pada tahap fikiran. Manakala tahap SL adalah tahap terakhir representasi ayat dalam TG yang menjadi input kepada Komponen Fonologi dan Komponen Logik. Pada tahap ini, struktur ayatnya mengalami transformasi.

            Nahu Struktur Frasa(NSF) terbahagi kepada dua iaitu versi awal dalam buku Syntactic Structure oleh Chomsky dan versi kedua ditulis dalam Aspects of the Theory of Syntax (Teori Standard). NSF terdiri daripada satu set rumus yang terhad sifatnya tetapi menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Rumus ini dikenali sebagai rumus struktur frasa berkonteks bebas dan ia mewakili komponen sintaksis pada peringkat SD. Sebagai contoh, andaikan seorang penutur mempunyai satu set rumus seperti contoh 1 ini iaitu A→FN-(INFL)-FK, FN→N-Penentu, FK→K, FK→K-FN, dan FK→K-KN-A. Komponen sintaksis pada SD juga ada satu set item leksikal seperti contoh 2 iaitu Penentu→(itu, ini), INFL→(akan), N→(budak, dia, kami, kucing, nasi), K→(makan, memberitahu, pergi, menangis). Contoh tersebut terdiri daripada satu unsur pada bahagian sebelah kiri dan boleh dikembangkan kepada satu rantaian unsur pada sebelah kanan.

            Untuk mengatasi masalah ini, Chomsky memperkenalkan kerangka subkategorisasi yang berfungsi untuk memberi spesifikasi kepada kategori sintaktik iaitu setiap item leksikal hanya boleh hadir dengan unsur-unsur tertentu. Sebagai contoh, kata kerja memberitahu akan mengambil FN sahaja sebagai pelengkap. Kata ini tidak boleh hadir sendirian maka kerangka subkategorisasinya ialah K,+[_FN-A]. Kita boleh menggambarkan proses yang berlaku melalui skema gabungan antara RSF dan Rumus Subkategorisasi dengan Leksikon dan Rumus Penyisipan Leksikal membentuk SD.
           
            Masalah utama RSF ialah bilangan tahap kategorinya yang terhad. RSF terbahagi kepada kategori kata dan kategori frasa yang  dilambangkan oleh label-label kategori seperti N(Kata Nama), K(Kata Kerja), A(Kata Adjektif), P(Kata Preposisi) dan lain-lain manakala kategori frasa pula dilabelkan dengan label seperti FN(Frasa Nama), FK(Frasa Kerja), FA(Frasa Adjektif), FP(Frasa Preposisi), dan lain-lain. Namun, tahap kategori ini tidak dapat menghuraikan unsur sintaktik kerana tidak mempunyai kategori pertengahan.
           
            Berdasarkan pendekatan ini, kita boleh mengandaikan bahawa struktur infermal FK bagi ayat Saya akan makan nasi di kedai itu boleh dibahagikan kepada Kata Kerja(makan), Frasa Nama(nasi) dan Frasa Preposisi(di kedai itu). Ketiga-tiganya terletak di bawah Frasa Kerja. Namun, hipotesis struktur mendatar itu bukanlah representasi yang tepat bagi menggambarkan hubungan antara K, FN, dan FP. Hal ini kerana, bentuk pro tidak boleh menggantikan keseluruhan FK dan ia tidak memenuhi syarat.
           
Masalah kedua RSF adalah ia set rumus yang terlalu berkuasa. Rumus yang dinyatakan ialah NP→V-VP dan VP→Det-N. RSF telah bercanggah dengan prinsip asas UG iaitu sesuatu nahu yang dihuraikan harus bersifat sejagat. Oleh itu, kita dapat menjelaskan dengan tepat bentuk nahu manusia yang munasabah dan menghuraikan teori pemerolehan bahasa pertama sedangkan NSF membenarkan bentuk rumus yang bebas konteks. Satu lagi kelemahan RSF ialah pertindanan antara RSF dan kerangka subkategorisasi.

            Terdapat penyelesaian yang dicadangkan oleh Chomsky dalam Remarks on Nominalisation(1970). Chomsky mengenal pasti tahap pertengahan dalam Teori X-berpalang. Tahap ketiga dikatakan lebih besar daripada kata dan lebih kecil daripada frasa. Kita boleh lihat pada contoh ayat Saya akan [[makan nasi] [di kedai itu]]. Makan nasi adalah FK dan di kedai itu ialah FP. Ayat tadi boleh dirumuskan dalam rajah FK diikuti Xˡ dan diikuti oleh unsur X² dan PP. X² diikuti oleh K dan FN. Rajah ini menunjukkan struktur dalaman bagi FK yang tertinggi sekali adalah X² dan ia boleh direpresentasi sebagai K”, diikuti oleh K’, diikuti K’  dan PP yang mana di bawah K’ ialah K dan FN. Sekarang, label baru diberi kepada X untuk membezakan FK yang tertinggi melalui cadangan Chomsky iaitu X’→X. Oleh itu, frasa kerja X² boleh dilabelkan sebagai K’(K-berpalang) dan FK tertinggi sebagai K”(K-dua palang).
           
            Berdasarkan masalah kedua, TS dan RSF adalah terlalu bebas. Masalah ini boleh diselesaikan melalui penerangan tentang Konvensyen X-Berpalang yang menunjukkan beberapa prinsip dan generalisasi iaitu setiap frasa harus ada nodus kepala dan memprojeksikan nodus frasa. Melalui konsep RSF, kita boleh menghuraikan hal ini dengan lebih lanjut. Kita lihat pada rumus 21 iaitu a]1) N”→{Klasifier}-N’, a]2) N’→N-FP, b]1) K”→{Adverbial}-K’, b]2) K’→K-{FP,FN}, c]1) A”→{Adverbial}-A’, c]2) A’→A-Adverbial, d]1) P”→{Adverbial}-P’ dan d]2) P’→P-FN. Berdasarkan rumus 21, kita boleh meringkaskannya menjadi 22) X”→(Spec)-X’. Ia menunjukkan bahawa setiap projeksi pertengahan ada projeksi kepala yang mempunyai Komplemen. Setiap kepala boleh bersifat opsyenal atau wajib bergantung kepada jenis kepala yang disubkategorisasi. Ia dapat digambarkan melalui skema 23) X’→X-(Komp). Kedua-dua rumus boleh digambarkan sebagai 24) X” diikuti (Spec) dan X’(X dan (Komp)).

            Berdasarkan skema 24, jelaslah bahawa projeksi leksikal yang ditunjukkan oleh (22-23) bersifat endosentrik iaitu X” mengandungi X’ dan X’ pula mengandungi X sebagai kepala leksikal. Teori X-Berpalang ini menyelesaikan masalah pertindanan dan fungsi RSF yang menghuraikan maklumat sintaktik dalam leksikal. Maka, teori X-Berpalang telah mengambil alih semua fungsi RSF pada peringkat SD. Walaubagaimanapun, teori X-berpalang beroperasi secara berasingan daripada rumus subkategorisasi. Akhirnya, kita boleh menggambarkan proses yang berlaku di peringkat SD melalui skema Teori X-Berpalang dan Leksikon+Rumus Subkategorisasi boleh dicantumkan membentuk Struktur-D.

            Kesimpulannya, penolakan RSF bukanlah penolakan keseluruhan teori TG tetapi ia lebih kepada pembaikian teori TG untuk menjadikannya lebih mantap. Prinsip yang menjadi teras kepada teori TG seperti sifat kesejagatan bahasa, konsep transformasi, dan konsep rumus masih dikekalkan. Teori X-Berpalang boleh dianggap teori yang memisahkan teori standard daripada teori yang ada hari ini. Sebaliknya, teori ini telah menghubungkan antara teori standard dengan teori baru iaitu dengan mengekalkan konsep rumus yang perlu ada dalam fikiran setiap manusia.           

Inventori konsonan

3.3 Inventori konsonan dialek Bayan Lepas

Setelah melakukan kajian, kami mendapati bahawa inventori konsonan yang ditemui dalam dialek Bayan Lepas ini adalah seperti berikut :



Bilabial

Alveolar
Palato-alveolar

Velar

Faring

Glotal

Hentian/Plosif

p, b

t, d


k, g


ʔ

Geseran/Frikatif

s


ɣ

ʕ

h
Letusan/Frikatif



č, j




Sengauan/Nasal

m

n

ɲ




Sisian/Lateral


l





Getaran/Tril


r





Separuh vokal



j

w






3.3.1 Konsonan Hentian/Plosif

Konsonan hentian/plosif merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang terhasil apabila artikulator yang terlibat meutup rapat aliran udara pada mana-mana kawasan atau titik artikulasi dari melepasi rongga mulut. Udara yang disekat ini kemudiannya akan dilepaskan serta merta. Konsonan hentian/plosif dalam dialek Bayan Lepas merangkumi /p, b,  t, d, k, g, ʔ/. Kesemua konsonan ini berpotensi untuk hadir di lingkungan antara dua vokal dan di tengah kata. Kesemuanya boleh hadir pada posisi awal kata melainkan konsonan /ʔ/. Bagaimanapun, hampir kesemua konsonan ini tidak wujud di kedudukan akhir kata melainkan konsonan /ʔ/. Contoh data yang diperolehi adalah seperti di bawah.
                                                     puju                                  ‘puyu’
                                                     balɛʔ                        ‘balik’                      
                                                     taʔ                           ‘tidak’
                                                     kəli                          ‘keli’
                                                     gilɛᶇ                        ‘giling’
                                                     tidoʔ                        ‘tidur’
Data ini jelas menunjukkan perbezaan di antara konsonan letupan dialek Bayan Lepas dengan bahasa melayu standard. Dalam kes ini, data dialek Bayan Lepas menyerlahkan fenomena perubahan konsonan letupan di akhir kata menjadi hentian glotis yang tidak sekadar terbatas kepada konsonan velar sahaja malah meliputi konsonan bilabial dan alveolar.

3.3.2 Konsonan Geseran/Frikatif                                                   

Konsonan geseran/frikatif terhasil apabila ruang di antara kawasan artikulasi dan artikulator disempitkan. Udara yang keluar dari paru-paru akan keluar di ruang yang sempit ini dengan cara bergeser. Konsonan geseran/frikatif dalam dialek Bayan Lepas merangkumi /s, z, ɣ, h/. Kesemua konsonan ini berpotensi untuk hadir di lingkungan antara dua vokal dan di tengah kata.

                                                     kasaʔ                         ‘kasar’
                                                     səmilan                      ‘sembilan’
                                                     sukɒ                          ‘suka’
                                                     ɣomah                       ‘rumah’
                                                     daɣah                        ‘darah’

                    Analisis perbandingan sistem bunyi bahasa antara subdialek ini dengan bahasa Melayu standard menunjukkan bahawa terdapat konsonan yang memiliki fitur [-belakang] direpresentasikan sebagai konsonan berfitur [+belakang] dalam dialek Bayan Lepas. Fenomena ini terserlah menerusi paparan di bawah :
                                                    

BMS
SBL
r ↔ ɣ
rumah
darah
orang
ɣomah
daɣah
ɔɣaᶇ

r ↔ ʔ
cucur
cucoʔ
s ↔ h
halus
belas
lepas
haluʲh
belaʲh
lepaʲh

Konsonan /r/ dalam BMS direpresentasikan sebagai konsonan /ɣ/ dalam SBL, apabila berada di awal kata. Sekiranya /r/ wujud di akhir kata dalam BMS, maka ia berpotensi untuk direpresentasikan sebagai /ʔ/ dalam SBL. Manakala, konsonan /s/ di akhir kata dalam BMS direpresentasikan sebagai /h/ dalam SBL.

3.3.3 Konsonan Letusan/Afrikat

Konsonan letusan/afrikat dihasilkan dengan cara penyekatan arus udara dan diikuti dengan pelepasan perlahan-lahan sekatan itu. Dengan kata lain, bunyi letusan dihasilkan dengan cara yang agak sama dengan bunyi hentian tetapi dalam penghasilan bunyi letusan, udara akan ditahan untuk beberapa ketika baharulah dilepaskan dengan perlahan dan tidak serta merta seperti bunyi hentian. Bunyi konsonan letusan/afrikat yang terdapat dalam dialek Bayan Lepas ialah konsonan /č/ dan /j/. Sepertimana keadaannya dalam bahasa melayu standard, kedua-duanya mampu menempati posisi awal kata, di antara dua vokal dan di lingkungan suku kata akhir terbuka. Contohnya dapat dilihat dalam data di bawah.
                                                     maʔ ciʔ                         ‘mak cik’
                                                     cucɔʔ                            ‘cucur’
                                                     ajaʔ                               ‘ajar’
                                                     jawoh                           ‘jauh’
                                                     bijiʔ                              ‘biji’

3.3.4 Konsonan Sengauan/Nasal

              Konsonan sengauan/nasal terhasil apabila udara disekat pada rongga mulut dan pada waktu yang sama lelangit lembut diturunkan, maka terusan nasal akan terbuka. Oleh itu, aliran udara akan melepasi hidung dan juga mulut. Maka, konsonan nasal akan terhasil. Konsonan nasal yang terdapat dalam dialek Bayan Lepas ialah /m, n, ɲ, ᶇ/. Data kajian lapangan menunjukkan bahawa dialek Bayan Lepas mempunyai konsonan sengauan/nasal iaitu /m, n, ɲ, ᶇ/. Konsonan nasal bilabial menempati lingkungan kata yang luas iaitu di awal, tengah, dan akhir kata.
                                                mɛmaᶇ                             ‘memang’
                                                masaʔ                               ‘masak’
                                                naʔ                                   ‘hendak’
                                                baɲaʔ                               ‘banyak’
                                                haᶇ                                   ‘kau’

3.3.5 Konsonan Sisian/Lateral

           Konsonan sisian pula terhasil apabila berlaku sekatan aliran udara pada tengah-tengah terusan oral dan udara keluar dari kiri dan kanan dalam rongga mulut. Konsonan sisian yang terdapat dalam dialek Bayan Lepas ialah /l/.
                                                     balɛʔ                              ‘balik’
                                                     laɣat                               ‘larat’

3.3.6 Konsonan Getaran/Tril Alveolar

Konsonan getaran/alveolar dilambangkan dengan simbol /r/. Konsonan getaran terhasil apabila hujung lidah digetarkan beberapa kali ke bahagian lelangit keras. Hujung lidah menjadi artikulator aktif sementara lelangit keras menjadi titik artikulasi yang pasif. Berdasarkan data yang kami peroleh selepas menjalankan kajian terhadap dialek Bayan Lepas, kami mendapati bahawa tidak terdapat konsonan getaran dalam dialek ini.              

3.3.7 Separuh Vokal
              Konsonan separuh vokal turut dikenali sebagai konsonan geluncuran. Keadaan ini berlaku kerana konsonan ini terhasil tanpa sebarang gangguan arus udara dalam rongga mulut. Konsonan separuh vokal perlu diikuti atau didahului secara langsung dengan bunyi vokal. Ketika konsonan separuh vokal diartikulasikan, lidah bergerak secara pantas secara menggeluncur sama ada menuju atau menghampiri vokal yang berdekatan. Konsonan separuh vokal yang terdapat dalam dialek Bayan Lepas ialah /j/ dan /w/. Bunyi  vokal /j/ dan /w/ ditemui hadir dalam lingkungan antara dua vokal. Bunyi /w/ juga didapati wujud di akhir kata dan ini membezakannya dengan bunyi /j/. Dalam hal ini, bunyi /j/ tidak ditemui pada akhir kata.


                                                     semajaᶇ                         ‘sembahyang’
                                                     puju                               ‘puyu’
                                                     kɛᶇkawan                     ‘kawan-kawan’
                                                     aruwah                          ‘arwah’
                                                     duwo                            ‘dua’
                                                     taw                                ‘tahu’