Inventori
Vokal dialek Bayan Lepas.
Inventori vokal yang ditemui dalam dialek Bayan Lepas
adalah seperti berikut :
Depan
Belakang
i u
e ə o
ɛ ɔ
a ɒ
Dialek Bayan
Lepas mempunyai sistem sembilan vokal iaitu /i/, /e/, /ɛ/, /a/, /ɒ/, /ɔ/, /o/,
/u/, /ə/. Terdapat empat vokal depan iaitu /i, e, ɛ, a/, empat vokal belakang
iaitu /ɒ, ɔ, o,u/. Dan satu vokal tengah iaitu /ә/.Kesemua vokal depan kecuali
vokal /a/,mampu menduduki kesemua lingkungan awal ,tengah dan akhir
kata.distribusinya diperlihatkan menerusi contoh dibawah.
kətoi ‘ketul’
layu ‘layu’
sappɛ ‘sampai’
mau ‘mahu’
tali ‘Tali’
bәɣani ‘Berani ‘
timbɒ ‘Baldi’
tәlagɒ ‘perigi’
ikan ‘ikan’
ajaʔ ‘air’
dɔlu ‘dulu’
laɣat ‘mampu’
Vokal depan
rendah /a/ hadir dalam lingkungan kata
yang agak terbatas .ia boleh hadir di kebanyakkan posisi kata melainkan posisi
akhir kata. Berdasarkan data kajian,pengkaji mendapati bahawa wujud kesejajaran
antara vokal ini dengan vokal/ɒ/ pada lingkungan akhir kata(bagi sukukata
terbuka dan sukukata tertutup yang diakhiri dengan hentian dan geseran glotal
sahaja)penyebaran dipaparkan seperti berikut.
lɒki ‘lelaki’
timbɒ ‘baldi’
Seperkara yang menarik perhatian pengkaji berhubung
dengan sistem vokal subdialek peneng bayan lepas ini ialah kecenderungan penutur subdialek ini untuk meleburkan
gugusan dua atau tiga segmen di lingkungan akhir kata menjadi satu segmen
vokal.antara contoh dsts ysng ditemui ialah:
Jenoh ‘susah’
tarɒ ‘tahap’
dɛpɒ ‘mereka’
ɔmɔʔ ‘umur’
Vokal belakang rendah /ɒ/dan vokal belakang separuh
tinggi /o/ pula hadir pada kebanyakan posisi kata melainkan posisi awal
kata.distribusinya diperlihat menerusi data berikut.
tɒʔ
tow ‘tidak
tahu’
jenoh ‘susah’
masɒ ‘masa’
timbɒ ‘baldi’
dɛpa ‘mereka’
Vokal tengah iaitu vokal schwa/ə/hadir pada kebanyakan
posisi kata melainkan posisi akhirkata .distribusinya diperlihatkan menerusi
data berikut.
bәlɒ ‘bela’
tәɣɒ ‘tahap’
bәɣani ‘berani’
kәtoi ‘ketol’
No comments:
Post a Comment