Kami
juga telah meneliti pendapat yang diutarakan oleh Nik Safiah Karim tentang kata
adalah. Nik Safiah Karim mempunyai
pendapat yang berbeza tentang kata adalah
yang bertentangan dengan pendapat Asmah Haji Omar. Beliau mengatakan bahawa kata
adalah merupakan Kata Pemeri dan
bukannya Kata Kopula. Menurut Nik Safiah Karim, Kata Pemeri berfungsi sebagai
kata yang memisahkan atau menghuraikan hubungan antara subjek dan predikat
dalam ayat.
Memandangkan
kebanyakan ayat dalam Bahasa Melayu tidak memerlukan kata kerja, kebanyakan
pengguna telah menyalahgunakan perkataan adalah
sebagai penterjemahan kepada kata kerja Bahasa Inggeris yang mana penggunaan
kata kerja tersebut tidak sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Ayat yang diterjemahkan
ke dalam Bahasa Melayu tidak memerlukan perkataan adalah kerana struktur ayat yang digunakan ialah Kata Nama diikuti
Kata Nama dan Kata Nama diikuti Kata Adjektif dan ia dapat dilihat dalam contoh
ayat yang berikut iaitu The architect of
the science center is En. Lim manakala ayat yang diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan adalah
iaitu Arkitek pusat sains itu En. Lim. Oleh
yang demikian, kami akan mengupas dengan lebih lanjut tentang kedudukan kata
adalah menurut Nik Safiah dalam ayat Bahasa Melayu.
Pertama
sekali, perkara utama yang ditegaskan oleh Nik Safiah ialah kata adalah tidak sama seperti ‘verb to be’
dalam Bahasa Inggeris. Malahan, ia tidak sesuai digunakan dalam ayat dia atas.
Nik Safiah turut mengingatkan kita bahawa semua ayat dalam Bahasa Melayu memerlukan
Kata Kerja dalam predikat. Bahagian lain dalam pertuturan seperti Kata Nama, Kata
Adjektif, dan Kata Preposisi boleh berfungsi sebagai item di dalam predikat.
Ini sangat penting untuk membezakan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Beliau mengatakan bahawa kita tidak boleh mencampuradukkannya dalam penggunaan ayat
Bahasa Melayu. Ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata adalah yang telah dipengaruhi oleh
Bahasa Inggeris iaitu The amount of
savings by the Malaysian public is tremendous dan ayatnya dalam Bahasa
Melayu ialah Jumlah wang simpanan oleh
rakyat Malaysia adalah amat besar. Ayat yang berikut boleh didirikan tanpa
menggunakan kata adalah seperti Jumlah wang simpanan oleh rakyat Malaysia
amat besar. Namun begitu, ini
tidaklah bermakna yang kata adalah tidak
berfungsi langsung. Malahan, contohnya dapat dilihat dalam situasi berikut
iaitu di dalam ayat yang mana predikat menerangkan subjeknya. Dalam hal ini, kata
adalah digunakan dan struktur ayat
yang digunakan ialah Kata Nama diikuti Kata Adjektif dan kata Nama diikuti Kata
Preposisi. Ayat yang menerangkan struktur KN+KA ialah Taklimat tentang projek perladangan itu adalah terlalu pendek,
manakala ayat yang menerangkan struktur KN+KP ialah Hadiah yang disumbangkan oleh bank itu adalah untuk mangsa banjir.
Selain
itu, Nik Safiah turut mengatakan bahawa terdapat beberapa penggunaan kata adalah yang tidak sesuai dalam Bahasa
Melayu iaitu kata adalah tersebut
seharusnya digantikan dengan kata hubung atau digugurkan. Penyataan ini dapat
dikukuhkan dengan contoh berikut iaitu Adalah
diberitahu bahawa bangunan ini akan diruntuhkan tidak lama lagi. Ayat
tersebut ternyata tidak gramatis dan kata adalah
tersebut seharusnya digantikan dengan frasa atau perkataan lain seperti dengan ini tuan-tuan dan puan-puan, dengan
hormatnya, dan anda.
Kata Pemeri merupakan Kata Tugas yang tidak boleh berdiri
sendiri. Beliau mengatakan bahawa kata
adalah digunakan untuk pemerihalan secara huraian atau kualitatif. Kata adalah biasanya hadir di hadapan Kata
Sifat dan Kelompok Kata Sendi Nama. Kata Pemeri biasanya hadir di dalam
struktur ayat KN+KA (Kata Nama+Kata Adjektif) dan KN+KP (Kata Nama+Kata
Preposisi). Penggunaan kata adalah
dalam struktur ayat KN+KA dapat dilihat dalam contoh tersebut iaitu Dunia ini adalah fana manakala contoh
bagi struktur ayat KN+KP dapat dilihat dalam contoh tersebut iaitu Hadiah yang disumbangkan oleh bank itu adalah
untuk mangsa banjir.
selamat pagi.. saya ingin mengajukan satu soalan yang berkaitan dengan kata pemeri 'adalah' yang mengelirukan saya. contoh ayat : "Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar semua pelanggan kami sentiasa menggunakan kemudahan komunikasi yang sedia ada." pertanyaan saya disini sesuaikah kata pemeri diletakkan selepas penanda wacana? terima kasih.
ReplyDeleteSelamat sejahtera, kata pemeri adalah biasanya hadir sebelah Kata Adjektif dan Kata Sendi Nama. Oleh itu, adalah di ayat tersebut tidak sesuai kerana ia hadir sebelah kata kerja menjadi. Oleh itu anda boleh menghasilkan ayat sedemikian, Oleh itu, saya berharap agar semua pelanggan sentiasa menggunakan kemudahan komunikasi yang disediakan , Lagi gramatis ayatnya.
ReplyDelete