Struktur suku
kata
Segmen konsonan dan vokal merupakan unsur utama yang
membina atau membentuk sesuatu morfem dan juga kata. Dalam analisis fonologi,
konsonan dan vokal boleh bergabung untuk membentuk satu unit fonologi yang
diberi nama suku kata. Secara umumnya, suku kata yang wujud dalam bahasa
manusia itu boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu KV, V, KVK, dan VK. Suku
kata adalah unit fonologi yang mempunyai struktur berhierarki yang lazimnya
boleh digambarkan melalui rajah pohon. Unsur utama yang mendirikan sesebuah
suku kata ialah nukleus, dan lazimnya semua vokal boleh menjadi nukleus. Dalam
bahasa Melayu, hanya vokal sahaja boleh menjadi nukleus suku kata, dan bunyi
konsonan tidak dibenarkan sama sekali. Namun begitu, sesetengah bahasa, misalnya
bahasa Inggeris konsonan nasal dan likuida boleh menjadi nukleus di samping
semua bunyi vokal yang ada. Konsonan yang berada di sebelah kiri nukleus diberi
nama onset, dan yang berada di posisi sebelah kanan itu dipanggil koda.
Gabungan nukleus dan koda membentuk satu nodus yang diberi nama rima. Bagi suku
kata terbuka, seperti V dan KV, komponen rimanya tidak mempunyai koda. Ini
bermakna, koda adalah unsur yang bersifat opsyenal sama seperti onset. Terdapat
beberapa proses fonologi yang melibatkan struktur suku kata iaitu pengguguran,
penyisipan, peleburan, dan metatesis.
3.1
Pengguguran
Pengguguran ialah proses yang menghilangkan atau meluluhkan sesuatu segmen
sama ada konsonan ataupun vokal. Sekiranya peluluhan itu melibatkan konsonan,
maka proses tersebut dinamakan pengguguran konsonan, dan sekiranya bunyi vokal
yang terlibat, maka proses yang berlaku itu dinamakan pengguguran vokal.
Pengguguran konsonan berlaku apabila satu suku kata yang berakhir dengan
konsonan (KVK,VK) bertemu dengan suku kata yang bermula dengan (KV,KVK), maka
terbentuklah rangkap konsonan (KVKK, VKKV). Maka, pengguguran dilakukan untuk
menghapuskan rangkap ini. Keadaan ini berlaku di dalam bahasa Peranchis. Selain
itu, pengguguran juga ada kaitannya dengan kekangan penyebaran sesuatu segmen
di dalam suku kata. Dalam kebanyakan bahasa, setiap bunyi konsonan yang hadir
dalam inventori fonemnya itu biasanya boleh hadir di posisi onset. Sebaliknya,
tidak semua konsonan tersebut boleh menduduki posisi koda suku kata. Keadaan
ini dapat dilihat juga dalam dialek Pulau Pinang yang kami kaji. Apabila
konsonan /r/ hadir di posisi koda, maka segmen tersebut akan digugurkan.
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa proses
pengguguran turut berlaku dalam dialek Bayan Lepas. Data yang diperolehi
daripada kajian kami yang mengalami proses pengguguran konsonan. Pengguguran
berlaku pada imbuhan awalan iaitu konsonan /r/ digugurkan pada imbuhan awalan
ter- dan ber-. Pengguguran ini berlaku seperti bahasa Melayu standard.
Bahasa
Melayu Dialek Bayan Lepas
[ bərtolaʔ ] [ bətolaʔ ] bertolak
[ tərkojaʔ
] [tekojaʔ ] terkoyak
Sama
seperti pengguguran konsonan, pengguguran vokal bertujuan untuk menghapuskan
kehadiran atau kemunculan rangkap vokal di dalam kata ataupun frasa. Fenomena
ini berlaku dalam bahasa Peranchis dan juga dalam salah satu dialek Melayu.
Namun begitu, proses ini tidak berlaku dalam dialek Bayan lepas.
3.2 Penyisipan
Penyisipan
bermaksud satu proses fonologi yang memasukkan atau menyelitkan segmen tertentu
ke dalam bentuk dasar. Penyisipan juga sering disebut sebagai epentesis. Proses
ini bertujuan untuk menghapuskan kehadiran segmen yang berangkap dan ia
melibatkan penyisipan konsonan dan penyisipan vokal. Satu alternatif untuk
menghapuskan rangkap vokal ialah dengan menyelitkan bunyi konsonan di antara
dua urutan vokal berkenaan. Proses ini berlaku dalam bahasa Hanunoo tetapi
tidak ada pada dialek Pulau Pinang yang kami kaji. Penyisipan konsonan berlaku
untuk memisahkan rangkap vokal. Rangkap vokal terhasil apabila imbuhan yang
berakhir dengan vokal bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan vokal
bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan vokal. Penyisipan vokal pula
berlaku untuk memisahkan rangkap konsonan. Kehadiran segmen vokal di antara
konsonan tersebut menjadikan bentuk suku kata lebih mudah dan menjadi pilihan
umum iaitu berstruktur KV. Proses penyisipan ini berlaku dalam bahasa Slovak.
3.3 Peleburan.
Selain
itu, proses fonologi yang lain ialah proses peleburan. Proses peleburan juga
merupakan salah satu daripada cara untuk menghindari kemunculan rangkap segmen
sama ada vokal atau konsonan selain daripada pengguguran dan penyisipan. Dalam
proses peleburan, segmen yang berurutan itu akan digantikan dengan satu segmen
yang lain dan segmen tersebut memiliki fitur-fitur daripada kedua-dua segmen
yang asal tadi. Proses peleburan terbahagi kepada dua bahagian iaitu peleburan
konsonan dan peleburan vokal. Peleburan konsonan bermaksud proses yang
meleburkan dua konsonan dasar yang berurutan menjadi satu konsonan lain. Proses
peleburan konsonan dapat dilihat dalam bahasa Dusun Kimaragang. Namun begitu,
proses peleburan tidak berlaku dalam dialek yang kami kaji.
Peleburan vokal pula berlaku di mana kedua-dua vokal
itu sering menjadi digantikan dengan
satu vokal baru yang mengekalkan fitur tertentu daripada vokal-vokal berkenaan.
Antara rangkap-rangkap vokal yang sering mengalami peleburan ialah rangkap /ia/
dan /ua/. Rangkap /ia/ akan berubah menjadi vokal rendah hampar [ ɛ ], manakala
rangkap /ai/ berubah menjadi vokal rendah bundar [ ɛ ]. Fitur rendah yang
diperolehi daripada vokal /i/ dan fitur bundar daripada vokal /u/. Fenomena
peleburan vokal ini dapat dilihat dalam dialek Pulau Pinang yang kami kaji
iaitu
Bahasa
Melayu Dialek Pulau Pinang
[ biasə
] [ bɛsa ] ‘biasa’
[ naiʔ ] [ nɛʔ ] ‘naik’
Peleburan vokal yang berlaku dalam dialek pulau Pinang
itu menunjukkan bahawa kata asalnya bersuku kata tiga dalam bahasa Melayu telah
berubah menjadi dua suku kata. Hal ini menunjukkan bahawa peleburan bukan
sahaja untuk mengelakkan kemunculan rangkap vokal, peleburan juga bertujuan
untuk memendekkan suku kata.
Di samping itu, proses peleburan juga melibatkan segmen
rangkap yang berbeza. Ia boleh berlaku pada segmen vokal dan konsonan dalam
suku kata yang sama. Proses ini biasanya akan menghilangkan konsonan yang
berada di posisi koda, dan bunyi vokal di posisi nukleus yang akan mengalami
perubahan. Gabungan vokal dan konsonan nasal telah mengalami peleburan dan
digantikan dengan vokal yang dianalisasikan. Proses ini berlaku dalam bahasa
Peranchis dan bahasa Melayu dialek Kelantan. Walaubagaimanapun, ia tidak
terdapat dalam dialek Bayan Lepas yang kami kaji.
3.4 Metatesis
Proses
fonologi yang seterusnya ialah proses metatesis. Proses ini digunakan oleh
sesuatu bahasa atau dialek untuk mengubah struktur suku kata. Ia melibatkan
perubahan atau pertukaran kedudukan dua segmen secara menyaling. Metatesis
berlaku dalam dialek Melayu Perak tetapi tidak berlaku pada dialek Bayan Lepas.
4.0 Penguatan
dan pelemahan
Sewaktu
penutur mengujarkan sesuatu kata, ada bunyi pada suku kata tertentu daripada
kata tersebut yang kedengaran lebih kuat atau lemah berbanding dengan
bunyi-bunyi suku kata yang lain. Fenomena ini ada kaitannya dengan proses
pelemahan dan penguatan. Proses ini bertujuan untuk membuatkan bunyi yang
terlibat lebih jelas dipersepsi atau ditanggap oleh pendengar, manakala proses
pelemahan bertujuan untuk mengaburkan bunyi berkenaan daripada pendengaran
pendengar. Sebelum ini, kita telah melihat bahawa perubahan struktur suku kata
mengarah kepada binaan yang lebih mudah. Misalnya, morfem yang mempunyai
struktur yang kompleks seperti KVKKV akan diubah menjadi KVKVKV melalui proses
penyisipan vokal atau menjadi KVKV melalui proses pengguguran konsonan. Tidak
semua perubahan strktur kata mengarah kepada binaan yang mudah. Kadang kala
struktur suku kata akan menjadi lebih kompleks. Hal ini dapat dilihat apabila
morfem yang berstruktur KVKV mengalami proses pengguguran vokal lalu
menghasilkan morfem yang berstruktur KKVK. Pengguguran seperti ini akan
menghasilkan struktur suku kata yang lebih kompleks. Faktor itu ada kaitan
dengan kedudukan segmen yang berada di posisi yang lemah dalam suku kata. Maka,
faktor pelemhan adalah pendorong utama kepada proses pengguguran vokal
tersebut. Dua proses pelemahan yang utama ialah sinkope dan apokope.
Sinkope
ialah proses pelemahan yang melibatkan pengguguran vokal yang berhampiran
dengan vokal yang mendapat tekanan. Fenomena ini berlaku dalam perkembangan
sejarah yang memperlihatkan perubahan daripada bahasa Latin kepada bahasa
peranchis. Namun begitu, sinkope tidak berlaku dalam dialek Pulau Pinang yang
kami kaji.
Apokope
pula ialah proses pelemahan yang melibatkan pengguguran vokal tanpa tekanan di
akhir kata. Vokal tanpa tekanan ini kebiasaannya adalah vokal yang mengalami
reduksi yang direalisasikan sebagai schwa. Proses ini berlaku dalam bahasa
Peranchis tetapi tidak pula berlaku dalam dialek yang kami kaji.
Proses
yang seterusnya di bawah penguatan dan pelemahan adalah diftongisasi. Antara
vokal yang dianggap mempunyai ciri yang kuat ialah vokal yang mendapat tekanan
dan vokal tegang. Bunyi diftong yang terdiri daripada gabungan bunyi vokal dan
bunyi geluncuran juga dikatakan mempunyai ciri kuat. Proses fonologi yang
mengubah bunyi vokal menjadi bunyi diftong dinamakan diftongisasi. Dengan kata
lain, diftongisasi ialah proses penguatan yang menjadikan bunyi monoftong
menjadi diftong. Monoftong bermaksud satu segmen bunyi, manakala diftong pula
bermaksud dua segmen bunyi. Berdasarkan data yang kami peroleh dari kajian
terhadap dialek Bayan Lepas, kami mendapati bahawa proses ini tidak berlaku
dalam dialek ini.
mohon salin drpd penulis..ilmu yang bermanfaat..
ReplyDelete