Setelah meneliti pendapat
tokoh-tokoh di atas, kami akan menghuraikan pula pendapat Darwis Harahap
tentang kata adalah. Darwis harahap
dikatakan mengambil jalan tengah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
berkaitan kata adalah. Beliau
bersetuju dengan separuh pendapat Asmah dan separuh pendapat Nik Safiah. Tindakan
beliau ini seolah-olah seperti lalang ditiup angin yang tidak mempunyai
pendirian yang tetap. Malahan, kami beranggapan bahawa beliau tidak mahu
pendapatnya dikecam oleh kedua-dua tokoh tersebut dan berharap ia diterima oleh
semua orang.
Pendapat pertama beliau tentang kata
adalah ialah ia termasuk dalam
golongan Kata Pemeri. Melalui pendapat ini, kita dapat lihat bahawa Darwis
bersetuju dengan pendapat Nik Safiah tentang Kata Pemeri iaitu kelompok kata yang
meluaskan makna kata lain. Selain itu, ketiadaan atau pengguguran perkataan adalah akan membuatkan ayat yang
terhasil menjadi tidak gramatis. Kata Pemeri adalah meluaskan makna bahagian
utama iaitu subjek dalam sesuatu ayat. Sekiranya kata Pemeri digugurkan, maka
makna bahagian utama akan menjadi tidak jelas. Malahan, ayat tersebut akan
menjdi tidak gramatis. Namun begitu, sekiranya makna bahagian utama sudah
jelas, kehadiran Kata Pemeri adalah boleh digugurkan. Hal ini dapat dilihat
dalam contoh ayat yang berikut iaitu Surat
ini adalah untuk abang saya. Sekiranya perkataan adalah digugurkan, ayat yang terhasil ialah Surat ini untuk abang saya dan makna ayat tersebut boleh difahami.
Keadaan ini bukan hanya berlaku pada perkataan adalah, malahan pada beberapa Kata Kerja lain seperti perkataan ada dan pergi yang diterangkan oleh Za’ba.
Darwis Harahap turut berpendapat
bahawa Kata Pemeri adalah sama seperti Kata Adjektif dan Kata Kerja. Seperti
mana yang terdapat dalam rumus beliau, Kata Pemeri berada pada puncak yang sama
dengan Kata Kerja dan Kata Adjektif iaitu di bawah puncak Kelompok Kata Karyaan.
Ini bermakna, Kata Karyaan membawahi tiga golongan perkataan iaitu Kata Pemeri,
Kata Kerja, dan Kata adjektif. Disebabkan ketiga-tiga golongan ini berada di
satu tempat iaitu di bawah puncak Kata Karyaan, maka ketiga-tiga golongan
perkataan ini tidak boleh hadir serentak atau bersama-sama.
Pendapat ketiga Darwis tentang kata adalah ialah kata tersebut hadir sebelum
Kata Sendi Nama. Mengikut rumus yang direka oleh beliau, Kata Kerja, Kata Nama,
dan Kata Sendi Nama berada sebaris di bawah kelompok Kelompok Kata Karyaan. Kita
boleh lihat penggunaan kata adalah di
hadapan Kata Sendi Nama. Ayat yang boleh menerangkan penyataan ini ialah Bunga ini adalah untuk isterinya. Ayat
ini menunjukkan bahawa Kata Pemeri adalah
boleh hadir sebelum Kata Sendi Nama untuk.
Untuk menguatkan lagi bukti beliau
tentang kebenaran kata adalah sebagai
Kata Pemeri, Darwis membuat penyataan bahawa Kata Pemeri adalah tidak boleh hadir bersama dengan Kata Kerja atau Kata
Adjektif. Kata Pemeri, Kata Kerja, dan Kata Adjektif berada di tempat yang
sama. Oleh yang demikian, hanya salah satu sahaja daripada kata tersebut boleh hadir
atau dalam erti kata lain Kata Pemeri tidak boleh diikuti oleh Kata Kerja dan
Kata Adjektif. Untuk menghuraikan lagi maksud penyataan ini, kami akan
menunjukkan dua ayat yang sesuai. Ayat yang pertama ialah Kawan saya adalah bekerja di Dewan Bahasa dan ayat yang kedua ialah
Kawan saya bekerja di Dewan Bahasa.
Ayat yang pertama menunjukkan kata adalah
diikuti oleh Kata Kerja. Sesungguhnya, kita dapat lihat bahawa ayat yang
terhasil tidak begitu gramatis berbanding ayat yang kedua iaitu setelah Kata
Kerja digugurkan.
Tambahan lagi, Darwis mengatakan
bahawa kehadiran Kata Pemeri di dalam ayat dasar adalah wajib tetapi ia harus
digugurkan dalam ayat terbitan. Keadaan ini dinamakan transformasi pengguguran.
Semasa bertutur, penutur biasanya menggunakan ayat terbitan sama ada kerana
transformasi pengguguran, transformasi pemindahan atau kedua-duanya sekali. Hal
ini berlaku kerana perkara yang ingin disampaikan biasanya diutamakan oleh
penutur dan bahagian yang sudah diketahui pendengar biasanya tidak disebut atau
diulang lagi.
Secara keseluruhannya, Darwis
berpendapat bahawa kata adalah
termasuk bawah kelompok Kata Pemeri iaitu di bawah puncak Kata Kerja. Oleh itu,
pembinaan ayat yang meniru struktur bahasa asing dapat dihindarkan.
Sesungguhnya, Bahasa Melayu telah memiliki peribadinya sendiri tetapi kajian
terhadapnya masih jauh daripada memuaskan.
No comments:
Post a Comment