Sunday, March 6, 2011

Malaran tidak bergeser (Approximant)

Bunyi ini juga dikenali sebagai bunyi separuh vokal atau geluncuran. 
Meskipun, bunyi ini dikenali dengan nama bunyi separuh vokal tetapi bunyi ini merupakan bunyi konsonan. 
Bunyi ini dihasilkan dengan meletakkan lidah ke posisi yang berdekatan dengan vokal tertutup dan seterusnya bergerak kepada posisi vokal berikutnya. 
Geluncuran daripada posisi satu vokal kepada vokal yang lain dilakukan dengan pantas dan penghembusan nafas adalah lemah iaitu lebih lemah daripada yang diperlukan  untuk penghasilan vokal yang mengikuti bunyi separuh vokal dalam pertuturan sebenar.
Oleh itu bunyi separuh vokal kurang menonjol berbanding dengan bunyi vokal.-- /y/ dan /w/

No comments:

Post a Comment