Sunday, March 6, 2011

Cara Artikulasi

}Cara artikulasi merujuk kepada cara gangguan aliran udara yang melalui titik artikulasi.
}  Dengan demikian bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan berasaskan kepada   alat sebutan yang menghasilkannya dan cara bunyi bahasa itu dihasilkan.
 Bunyi-bunyi konsonan dihasilkan melalui halangan, sekatan atau gangguan pada aliran udara dari paru-paru semasa melalui rongga mulut atau melalui rongga hidung
Pada kebanyakan titik atau daerah artikulasi, kita boleh perolehi beberapa cara bagaimana artikulasi boleh dicapai.
Artikulator  mungkin menutup terus  arus ujaran pada sesuatu tempat ataupun titik dalam jangka masa yang lama ataupun dalam jangka masa yang singkat.
Artikulator juga mungkin hanya menyempit ataupun mungkin mengubah suai bentuk terusan ujaran melalui cara mendekatkan artikulator antara satu dengan yang lain. 
Berdasarkan hal ini, bunyi-bunyi bahasa dapat dikategorikan kepada beberapa jenis.

No comments:

Post a Comment