Sunday, March 6, 2011

Alat-alat tuturan yang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi konsonan

-Dengan kata lain, sebarang alat tutur yang terlibat secara khusus dalam pengeluaran bunyi dipanggil sebagai artikulator.
-farings iaitu tiub yang terbahagi kepada dua iaitu ke rongga hidung dan ke rongga mulut
-Lelangit lembut atau juga dikenali sebagai velum
-Lelangit keras lazimnya dipanggil sebagai bumbung mulut.
-Gigi-gusi adalah di antara gigi depan atas dan lelangit keras
Lidah, sememangnya artikulator yang paling aktif dan amat penting
Gigi iaitu gigi atas dan gigi bawah.
Bibir-Bibir boleh dirapatkan seperti dalam penyebutan bunyi [p] dan [b] atau boleh dipelbagaikan bentuknya sama ada bundar atau hampar.
 
-kita membahagikan   artikulator kepada dua bahagian iaitu artikulator atas dan artikulator bawah.-
Artikulator bawah adalah alat pertuturan yang  melekat pada rahang bawah seperti bibir bawah, gigi bawah dan lidah.  Artikulator atas pula merupakan alat-alat pertuturan yang berada di bahagian atas mulut seperti bibir atas, gigi atas dan seluruh bumbung mulut .
-  Artikulator juga boleh dibezakan kepada artikulator aktif dan artikulator pasif.
-  Artikulator aktif adalah bahagian -bahagian alat tutur yang boleh bergerak seperti bibir dan lidah, manakala artikulator pasif adalah bahagian-bahagian pada terusan ujaran yang tidak boleh bergerak. 
-Contohnya bumbung mulut dan gigi atas.  Artikulator aktif seperti lidah akan bergerak menuju atau membuat sekatan di kawasan artikulator pasif.

No comments:

Post a Comment