Sunday, March 6, 2011

Fonetik

Fonetik adalah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa
}Fonetik artikulatori
-kajian bagaimana sesuatu bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan dengan menggunakan alat-alat ujaran yang tertentu
}Fonetik akustik
- Kajian ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa ataupun ciri gelombang bunyi yang dimiliki suatu bahasa itu yang sampai ke telinga pendengar
}Fonetik auditori
-Kajian tentang bagaimana seseorang pendengar itu menanggapi bunyi-bunyi bahasa yang diterima melalui telinganya
-Dalam kuliah ini, tumpuan akan diberikan kepada bidang fonetik artikulatori
Fonetik artikulatori adalah bidang yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa digolongkan dari segi alat sebutan yang menghasilkannya dan cara bunyi bahasa itu dihasilkan
Apakah  yang  dimaksudkan dengan bunyi-bunyi bahasa
}bunyi-bunyi bahasa  yang dikaji dalam bidang fonetik adalah bunyi-bunyi yang bermakna iaitu yang dihasilkan untuk  keperluan sosial seperti  berhubung antara satu sama lain.
}  Bunyi-bunyi lain seperti batuk, bersin, berdengkur ataupun sendawa  juga dihasilkan oleh alat tutur manusia namun bunyi-bunyi ini tidak menarik minat ahli-ahli fonetik untuk dikaji kerana bunyi-bunyi ini  tidak dianggap sebagai bunyi-bunyi bahasa.
}
} Ini kerana dalam pertuturan, bunyi-bunyi ini tidak mengandungi  makna.  Bunyi-bunyi ini terhasil hanya kerana keperluan biologi manusia.
 

No comments:

Post a Comment