Wednesday, May 11, 2011

Asas morfologi


LEKSEM
Bentuk kata yang berbeza yang tergolong di dalam/ mewakili golongan yang sama
l  Misalnya perkataan sambung, kesinambungan, bersambung, disambung. menyambung, tersambung
l  Kata-kata di atas adalah manifestasi daripada akar kata yang sama, iaitu SAMBUNG
l  Kata-kata di bawah leksem yang sama berkongsikan makna inti yang sama walaupun dieja dan disebut secara berbeza
l  Dengan kata lain, leksem adalah kata yang terdapat di dalam kamus.
Bentuk-kata (word-form)
¢  Perkataan juga merujuk kepada realisasi fizikal tertentu bagi leksem dalam pertuturan atau penulisan iaitu -bentuk-kata tertentu.
¢  Oleh itu kita boleh merujuk see, sees, seeing,  saw dan seen sebagai lima bentuk-kata  yang berbeza (dipunyai oleh satu leksem yang sama)
Kata nahuan
¢  ‘perkataan’ juga boleh dilihat sebagai representasi bagi leksem yang dikaitkan dengan ciri morfosintaktik yang tertentu seperti nama, adjektif, kerjaan, kala, gender, bilangan dll
¢  Kata-kata sedemikian dinamakan sebagai kata nahuan
Morfem: unit bermakna yang terkecil
¢  Kita biasanya memahami bentuk kata hanya sebagai ujaran satu bentuk yang mempunyai makna.
¢  Kata-kata seperti tidur, makan, meja dsb tidak dapat dipenggal lagi untuk menjadi lebih kecil dan mempunyai makna.
¢  Dalam kebanyakan bahasa, bentuk kata terdiri daripada unit yang agak kompleks.
¢  Misalnya bangunan terdiri daripada bangunan + an.
¢  Ini membawa kepada konsep morfem dan konsep makna yang terbahagi kepada makna leksikal dan makna nahuan.
Morfem
¢  Unit kandungan semantik/ mempunyai fungsi nahuan yang terkecil yang tidak dapat dipecah-pecahkan. Unit-unit ini akan membentuk kata
¢  Maksudnya, morfem tidak boleh dipecahkan kpd unit yg lebih kecil lagi yang akan menyebabkan ia kehilangan makna atau tidak dapat menandakan fungsi tatabahasa/ nahu
¢  Contohnya:
¢  Jika dipecahkan kata berlari kpd ber dan lari, kedua-duanya masih mengandungi unsur semantik, iaitu lari yang merujuk kepada satu perbuatan; dan ber yang membawa tugas nahu i.e sesuatu perbuatan yang memberatkan pelaku
¢  Jika kedua-duanya dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, i.e. b-e-r & l-a-r-i, kedua-duanya tidak lagi membawa makna atau dapat menjalankan tugas nahu
Pembahagian morfem
¢  Secara umumnya, morfem terbahagi kepada 2 kumpulan, iaitu:
l  Morfem bebas
l  Morfem terikat
Morfem bebas
¢  Bentuk/unit yang boleh wujud secara bersendirian tanpa perlu dicantumkan dgn morfem-morfem lain, contohnya:
l  makan, tidur(KK)
l  Ali, Muthu (KN Khas)
l  cantik, bijak (KAdj)
l  dia, saya (Gn) dll
Morfem terikat
¢  Bentuk/unit yang tidak boleh wujud secara bersendirian tetapi memerlukan morfem lain utk berdiri, misalnya:
l  Imbuhan spt. ber-, ter-, me-… -kan, -i
l  Kata minor spt. Partikel: -lah, -kah; sendinama: di, oleh, kepada
¢  Morfem-morfem ini memerlukan bentuk-bentuk bebas/ kata major untuk berdiri, seperti:
l  bertumbuk, terjatuh, menenangkan; dialah, apakah; di rumah, oleh dia, kepada saya
Bentuk-bentuk morfem
¢  Akar (root)
l  Bentuk yg paling asas yang tidak dapat dipecahkan lagi dan tiada unsur lain yg dimasukkan/ digabungkan kepadanya.
l  Kebanyakan bentuk akar boleh berdiri sendiri, misalnya:
           orang, cantik, manis, lari (B Melayu)
           book, sweet, pain, walk (B Ingg)
¢  Contoh-contoh yang diberikan di atas merupakan bentuk yg berada dalam keadaan terasing atau bersendirian
¢  Jadi, bentuk-bentuk berkenaan juga dikenali sebagai morfem leksikal
¢  Ia terdiri daridapa kata nama, kata kerja, kata adjektif & kata keterangan
¢  Kata-kata ini memiliki kandungan semantik di dalam bentuk ujarannya
¢  Imbuhan
l  Morfem yg hanya boleh wujud dengan mencantumkan atau menggabungkannya dgn morfem yang lain, terutamanya morfem bebas
l  Secara definisi, imbuhan dikenali sebagai morfem terikat
l  Tidak ada kata yang hanya boleh terdiri daripada imbuhan sahaja, misalnya:
           {di-}, {me-}, {-kan}, atau {-an} (B Melayu)
           {-s}, {-ed}, {pre-}, {re-} (B Inggeris)
¢  Dasar (base)
¢  Apa-apa imbuhan yang ditambah sama ada kepada kata akar atau sesuatu yang lebih besar daripada kata akar ialah- kata dasar
¢  Pembentukan dealings- kata akar ialah deal tetapi dasar di mana –s ditambah ialah dealing
¢  Akhiran –s tidak ditambah kepada kata akar
Kata dasar
l  Apa-apa unit morfem yang boleh dicantumkan atau digabungkan dengan bentuk imbuhan
l  Menurut Asmah, kata dasar adalah kata yang boleh dikenakan penambahan
           akar : tilam (→ bertilam)
           akar dengan penambah, misalnya perbaik (→ memperbaiki)
           akar berganda, misalnya baik-baik (→ berbaik-baik)
           akar majmuk misalnya baju tidur (→ berbaju tidur

No comments:

Post a Comment