•Secara khusus, apabila menyentuh tentang bunyi konsonan, kita boleh klasifikasikannya berdasarkan titik atau kadang kala disebut sebagai daerah atau kawasan artikulasi (iaitu bahagian -bahagian di rongga mulut di mana bunyi dihasilkan/ kawasan gangguan udara)
•dan cara gangguan aliran udara yang berlaku ( cara aliran udara dilepas melalui rongga mulut).
-Penghasilan bunyi konsonan juga ditentukan berdasarkan penyuaraan iaitu ada bunyi konsonan yang bersuara dan ada yang tidak bersuara (bersuara atau tidak ini ditentukan oleh pita suara yang bergetar atau tidak sepanjang pengeluaran bunyi
-selain itu kedudukan lelangit lembut pula akan menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu jenis bunyi oral atau bunyi nasal.
No comments:
Post a Comment