Wednesday, May 11, 2011

Asas morfologi


LEKSEM
Bentuk kata yang berbeza yang tergolong di dalam/ mewakili golongan yang sama
l  Misalnya perkataan sambung, kesinambungan, bersambung, disambung. menyambung, tersambung
l  Kata-kata di atas adalah manifestasi daripada akar kata yang sama, iaitu SAMBUNG
l  Kata-kata di bawah leksem yang sama berkongsikan makna inti yang sama walaupun dieja dan disebut secara berbeza
l  Dengan kata lain, leksem adalah kata yang terdapat di dalam kamus.
Bentuk-kata (word-form)
¢  Perkataan juga merujuk kepada realisasi fizikal tertentu bagi leksem dalam pertuturan atau penulisan iaitu -bentuk-kata tertentu.
¢  Oleh itu kita boleh merujuk see, sees, seeing,  saw dan seen sebagai lima bentuk-kata  yang berbeza (dipunyai oleh satu leksem yang sama)
Kata nahuan
¢  ‘perkataan’ juga boleh dilihat sebagai representasi bagi leksem yang dikaitkan dengan ciri morfosintaktik yang tertentu seperti nama, adjektif, kerjaan, kala, gender, bilangan dll
¢  Kata-kata sedemikian dinamakan sebagai kata nahuan
Morfem: unit bermakna yang terkecil
¢  Kita biasanya memahami bentuk kata hanya sebagai ujaran satu bentuk yang mempunyai makna.
¢  Kata-kata seperti tidur, makan, meja dsb tidak dapat dipenggal lagi untuk menjadi lebih kecil dan mempunyai makna.
¢  Dalam kebanyakan bahasa, bentuk kata terdiri daripada unit yang agak kompleks.
¢  Misalnya bangunan terdiri daripada bangunan + an.
¢  Ini membawa kepada konsep morfem dan konsep makna yang terbahagi kepada makna leksikal dan makna nahuan.
Morfem
¢  Unit kandungan semantik/ mempunyai fungsi nahuan yang terkecil yang tidak dapat dipecah-pecahkan. Unit-unit ini akan membentuk kata
¢  Maksudnya, morfem tidak boleh dipecahkan kpd unit yg lebih kecil lagi yang akan menyebabkan ia kehilangan makna atau tidak dapat menandakan fungsi tatabahasa/ nahu
¢  Contohnya:
¢  Jika dipecahkan kata berlari kpd ber dan lari, kedua-duanya masih mengandungi unsur semantik, iaitu lari yang merujuk kepada satu perbuatan; dan ber yang membawa tugas nahu i.e sesuatu perbuatan yang memberatkan pelaku
¢  Jika kedua-duanya dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, i.e. b-e-r & l-a-r-i, kedua-duanya tidak lagi membawa makna atau dapat menjalankan tugas nahu
Pembahagian morfem
¢  Secara umumnya, morfem terbahagi kepada 2 kumpulan, iaitu:
l  Morfem bebas
l  Morfem terikat
Morfem bebas
¢  Bentuk/unit yang boleh wujud secara bersendirian tanpa perlu dicantumkan dgn morfem-morfem lain, contohnya:
l  makan, tidur(KK)
l  Ali, Muthu (KN Khas)
l  cantik, bijak (KAdj)
l  dia, saya (Gn) dll
Morfem terikat
¢  Bentuk/unit yang tidak boleh wujud secara bersendirian tetapi memerlukan morfem lain utk berdiri, misalnya:
l  Imbuhan spt. ber-, ter-, me-… -kan, -i
l  Kata minor spt. Partikel: -lah, -kah; sendinama: di, oleh, kepada
¢  Morfem-morfem ini memerlukan bentuk-bentuk bebas/ kata major untuk berdiri, seperti:
l  bertumbuk, terjatuh, menenangkan; dialah, apakah; di rumah, oleh dia, kepada saya
Bentuk-bentuk morfem
¢  Akar (root)
l  Bentuk yg paling asas yang tidak dapat dipecahkan lagi dan tiada unsur lain yg dimasukkan/ digabungkan kepadanya.
l  Kebanyakan bentuk akar boleh berdiri sendiri, misalnya:
           orang, cantik, manis, lari (B Melayu)
           book, sweet, pain, walk (B Ingg)
¢  Contoh-contoh yang diberikan di atas merupakan bentuk yg berada dalam keadaan terasing atau bersendirian
¢  Jadi, bentuk-bentuk berkenaan juga dikenali sebagai morfem leksikal
¢  Ia terdiri daridapa kata nama, kata kerja, kata adjektif & kata keterangan
¢  Kata-kata ini memiliki kandungan semantik di dalam bentuk ujarannya
¢  Imbuhan
l  Morfem yg hanya boleh wujud dengan mencantumkan atau menggabungkannya dgn morfem yang lain, terutamanya morfem bebas
l  Secara definisi, imbuhan dikenali sebagai morfem terikat
l  Tidak ada kata yang hanya boleh terdiri daripada imbuhan sahaja, misalnya:
           {di-}, {me-}, {-kan}, atau {-an} (B Melayu)
           {-s}, {-ed}, {pre-}, {re-} (B Inggeris)
¢  Dasar (base)
¢  Apa-apa imbuhan yang ditambah sama ada kepada kata akar atau sesuatu yang lebih besar daripada kata akar ialah- kata dasar
¢  Pembentukan dealings- kata akar ialah deal tetapi dasar di mana –s ditambah ialah dealing
¢  Akhiran –s tidak ditambah kepada kata akar
Kata dasar
l  Apa-apa unit morfem yang boleh dicantumkan atau digabungkan dengan bentuk imbuhan
l  Menurut Asmah, kata dasar adalah kata yang boleh dikenakan penambahan
           akar : tilam (→ bertilam)
           akar dengan penambah, misalnya perbaik (→ memperbaiki)
           akar berganda, misalnya baik-baik (→ berbaik-baik)
           akar majmuk misalnya baju tidur (→ berbaju tidur

Inventori Fonem Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu

  •       Vokal bahasa Melayu meliputi /i, e, E, a, , u, «

  •         Dihasilkan dgn cara tiada sekatan atau himpitan pada arus udara ketika proses artikulasinya


  •       Diftong bahasa Melayu meliputi /ai, oi, au/

  •        Percantuman dua bunyi vokal diartikulasikan dengan satu hembusan nafas
  •   Bersifaat satu sukukata dan  memiliki satu puncak kelantangaan



  •      Konsonan Bahasa Melayu 
  •       Meliputi sebanyak 27 segmen 
  •      8 konsonan pinjaman bahasaMelayu; [f, v, T, D, z, S, x, Ä] 
    • 19 konsonan asli bahasa Melayu




Teori Nahu Transformasi Generatif

           Teori nahu Transformasi Generatif (TG) mula diperkenalkan dalam bidang linguistik dalam tahun 1957 oleh pelopornya Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk ‘Syntactic Structure’. Lapan tahun kemudian terbit pula sebuah buku yang bertajuk ‘Aspects of the Theory of Syntac’ – buku yang telah menerangkan nahu transformasi ini dengan lebih eksplisit dan dan formal. Menurut Chomsky, nahu terdiri daripada seberkas rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya dalam teori standard transformasi generatif seperti yang terdapat dalam buku ‘Aspects of the Theory of Syntac’ . Berasaskan teori ini, nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu 

      (i)            semantik (ii) sintaksis (iii) fonologi.

         Sebelum wujudnya teori  TG, aliran linguistik yang mendapat  perhatian (terutamanya di US) ialah aliran struktural. Ahli-ahli bahasa aliran ini mengkaji bahasa secara manganalisis data bahasa yang diperoleh daripada penutur asli (native speakers). Bahasa dianggap satu keseluruhan yang boleh dipecah-pecahkan menjadi unit yang lebih kecil. Analisis bahasa biasanya dimulai daripada unit yang terkecil iaitu fonem menuju kepada unit yang lebih besar iaitu ayat. Setelah membahagikan korpus bahasa kepada unit-unit yang lebih kecil tugas ahli bahasa ialah mencari sistem atau pola disebalik unit-unit kecil itu. Mereka sangat ghairah mencari pasangan minima, bunyi-bunyi bahasa yang saling melengkapi ,  varian atau bunyi-bunyi yang bervariasi bebas. Chomsky menamakan kajian ini kajian taksonomi dan menganggap kajian seperti ini bersifat sains pengelasan.

        Berbeza dengan aliran struktural ini, penganut nahu TG menganggap fonologi atau struktur bunyi sesuatu bahasa itu sebagai satu sistem rumus yang mencerminkan kecekapan fonologi penutur natif yang ideal. Fonologi TG tidak mementingkan sangat perbezaan bunyi yang distingtif atau perbezaan permukaan. Tujuan utamanya ialah memformulasasikan kecekapan fonologi instrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjawab melahirkan representasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.

        Tentang representasi fonetik ini, ahli-ahli fonologi generatif telah mengenalpasti perbezaan dasar dari segi linguistik mengenai dua maklumat fonetik iaitu ‘sebahagian daripada realisasi fonetik sesuatu morfem itu bersifat idiosinkratik dan sebahagiannya pula bersifat regular sistematis dalam struktur bunyi sesuatu bahasa itu’.
         Untuk membezakan dua ciri fonetik ini ahli-ahli fonologi generatif mengemukakan dua jenis alat yang dikenali sebagai ‘senarai’ dan ‘rumus’. Kesemua ciri idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem itu disenaraikan dalam representasi leksikal di dalam leksikon.

        Manakala  ciri-ciri regular yang sistematis dikendalikan oleh rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi. Sehubungan ini, komponen fonologi mempunyai dua peringkat representasi iaitu  -‘representasi dalaman’ (yang mengandungi semua maklumat idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem dalam  ujaran
-’representasi permukaan’ (yang mempunyai maklumat  idiosinkratik  dan maklumat yang boleh diramalkan iaitu yang bersifat regular sistematis)

       representasi dalaman               -       /  /
       representasi permukaan           -       [   ]

        Peranan rumus-rumus fonologi dalam komponen fonologi ialah untuk  memerihalkan pertukaran bentuk dasar dalam representsi dalaman ke bentuk  fonetik dalam representasi permukaan. 

        Dalam fonologi TG, huraian fonologi pada tahap fonemik dan  fonetik serta pernyertaan rumus-rumus yang menghasilkan representasi fonetik daripada representasi fonemik dilakukan dengan menggunakan fitur-fitur distingtif. Dengan ini bermakna fonem  tidak lagi dianggap sebagai  unit dasar (terkecil)  dan tempatnya diambil-alih oleh fitur distingtif.

        Satu konsep penting  berkaitan fitur distingtif ialah konsep ‘kelas natural’. Satu kumpulan segmen membentuk satu kelas natural sekiranya segmen-segmen itu dapat dinyatakan dengan menggunakan fitur-fitur yang sedikit  (kurang)  jika dibandingkan dengan fitur-fitur yang diperlukan untuk menyatakan mana-mana segmen dalam kelas itu secara individu. Konsep kelas natural  ini  penting dalam TG kerana biasanya proses-proses fonologi bertindak terhadap segmen-segmen dalam satu-satu kelas natural dan bukannya secara segmen-segmen dalam bentuk individu.

        Konsep kelas natural ini digunakan dengan meluas untuk pernyataan rumus-rumus fonologi TG. Salah satu matlamat dasar fonologi TG ialah menyatakan proses-proses fonologi yang mengubah representasi dalaman dalam bentuk rumus-rumus. Apabila terdapat  proses-proses fonologi maka segmen-segmen tertentu akan mengalami perubahan. 

        Rumus-rumus  fonologi hendaklah menggambarkan tiga perkara asas ini
      (i)            Segmen manakah yang berubah
    (ii)            Apakah perubahan yang berlaku
   (iii)            Apakah keadaan atau lingkungan yang menyebabkan perubahan itu berlaku
  (iv)                    Fonologi TG mempunyai sistem notasi yang khusus untuk menyatakan proses-proses fonologi dan pernyataan rumus-rumus secara konsisten amat diutamakan. Perubahan daripada representasi dalaman kepada representasi permukaan bukanlah melalui satu proses fonologi atau satu rumus sahaja. Biasanya beberapa rumus bertindak untuk mengubah sesuatu representasi fonemik menjadi representasi fonetik. Setiap rumus hanya bertindak ke atas segmen-segmen tertentu sahaja dan membiarkan segmen-segmen yang lain untuk tindakan rumus-rumus yang lain.
    (v)            (Satu persoalan yang hangat diperdebatkan oleh ahli-ahli fonologi generatif ialah perlaksanaan aturan rumus-rumus fonologi fonlogi itu. Adakah rumus-rumus diaplikasikan mengikut aturan yang tetap dan teratur ataupun secara serentak.)
  (vi)                    Teori Standard Fonologi TG mengusulkan bahawa rumus-rumus dilaksanakan mengikut aturan iaitu satu rumus harus mendahului rumus yang lain. Berdasarkan data-data bahasa yang berlainan, ahli-ahli fonologi generatif telah mengemukakan pelbagai pandangan tentang persoalan ini. Sesetengah perlaksanaan rumus dikatakan perlu diatur secara terikat  iaitu rumus-rumus itu disusun mengikut aturan tertentu supaya output daripada rumus menjadi input kepada rumus yang lain. Namun, ada juga rumus yang dikatakan tidak terikat.
 (vii)                    Rumus-rumus lain pula bersifat serentak perlaksanaannya. Apabila morfem digabungkan untuk membentuk kata-kata terbitan, segmen daripada morfem yang digabungkan itu terletak di sisi antara satu sama lain. Kadang-kadang segmen itu mengalami perubahan. Perubahan-perubahan juga boleh berlaku pada lingkungan-lingkungan selain daripada lingkungan kedua-dua morfem yang bergabung tersebut, misalnya pada awal kata dan akhir kata. Ia juga boleh berlaku akibat penggabungan morfem. Semua perubahan seperti ini dikenali sebagai ‘proses fonologi’

Fonem dan Alofon

1) Pemenggalan Bunyi
  • Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain (tidak terpisah-pisah)
  • Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan.
2) Segmen
  • Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum
  • Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah 
  • Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu.
  • Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan.
  • Bukti yang menyokong andaian berkenaan:
  • 1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan
  • 2)Ketersasulan
  • 3)Rima
  • 4)Bahasa rahsia
  • 5)Perubahan bunyi
  • Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental
  • Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g tekanan dan nada
 3) Fonem
  • Unit bunyi terkecil yang membezakan makna
  • Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza)
  • Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
4) Kaedah penentuan fonem dan alofon
  1. Kaedah Pasangan Minima
    Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: 

[tari] [dari]
[patah] [padah]
[tuli]  [ duli]
[saku]  [sagu]  
[kari] [gari]
[pakar] [pagar]  


Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana kedua­duanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

  1. Kaedah Pasangan minima terdekat.
Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya: 

Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza.






3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi

Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:


[kita] [suka] [to]


[kaju] [baki] [soro]


[kalau] [tSuka] [gaga]


Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.






4. Kaedah Variasi bebas


Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.


Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [�rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [�] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan segmen [�] .

Friday, May 6, 2011

Pengaruh Bahasa Arab-Darwis Harahap

6.1 PENGENALAN
alaupun Hikayat Raja Pasai diperkirakan ditulis pada tahun 1452 M dan Taj us-Salatin pada tahun 1603 M, masih ditemui bukti persuratan yang tidak diketahui tarikh penulisannya yang asal seperti Hang Tuah. Cerita yang lain juga kebanyakannya bukan ditulis oleh penulis asal melainkan daripada satu pencerita kepada pencerita yang lain atau daripada satu penulis kepada penulis yang lain. Ada juga di antaranya yang disadur daripada cerita asing dan nama penulis asalnya tidak dinyatakan.

Beberapa kitab dan hikayat yang agak penting sehingga penghujung abad ke-19 ialah: Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang (1612 M), Hikayat Inderaputera (1634 M), Bustanus Salatin atau Taman segala Raja-raja karya Nuruddin al-Raniri (1638), Kitab seribu masaalah (1726), Hikayat Ghulam (1736), Hikayat Acheh (1736), Hikayat Bayan Budiman (1736), Syair Emop (1740), Misa Melayu (1742), Hikayat Pancatanderan (1835), Hikayat Patani (1838), Kisah pelayaran Abdullah karya Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1838), Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji (1865), Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi karya Muhammad Ibrahim Munshi (1872), Hikayat Gul Bakawali karya Syed Mahmud Ali (1875), dan Hikayat Ganja Mara (1897).

Beberapa buah karya akan dipetik seperlunya untuk melihat bagaimanakah bahasa Melayu terus diperkaya oleh para penulis atau cendekiawan pada masa tersebut.

6.2 HANG TUAH
Menurut Kassim Ahmad bahasa yang terdapat di dalam Hang Tuah lebih menggambarkan alam fikiran Melayu yang bersahaja, lunak dan padat, dan belum dipengaruhi oleh bahasa Arab. Penggunaan bahasa Arab yang terdapat di dalam buku ini menurut Kassim Ahmad ditambah kemudian. Perhatikan petikan yang berikut ini:
Bismi'llahi'rrahmani'rrahim; wabihi nasta'inu bi'llahi'l-a'la. Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.
Sekali persetua ada seorang raja keinderaan. Raja itu terlalu besar kerajaannya; pada segala raja-raja indera seorang pun tiada menyamai dia, sekalian menurut titahnya. Shahadan apabila baginda itu keluar diadap oleh segala raja dan menteri dan santeri, maka berapa pedang yang sudah terhunus kepada kiri kanan baginda itu dan berapa pula bentara memikul pedang berikatkan permata bertatahkan ratna mutu ma'nikam ....

Daripada petikan pendek ini kita temui perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu setiawan, indera, raja, menteri, bentara, ratna; daripada bahasa Tamil, iaitu santeri; daripada bahasa Jawa, iaitu tatah; dan daripada bahasa Arab, iaitu shahadan. Dengan demikian, pendapat Kassim Ahmad di atas boleh diterima dengan pengertian bahasa Sanskrit, Tamil, dan Jawa ketika itu telah sebati kepada pencerita atau penulis Hang Tuah ini.
6.3 HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Jika Hang Tuah kita lihat menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Sanskrit yang sudah mulai sebati dengan bahasa Melayu maka bahasa yang terdapat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa nampak jelas kearabannya. Walaupun kita hindari perenggan pertama cerita tersebut berupa pujian kepada Allah, namun pada perenggan berikutnya juga penggunaan bahasa Arab tersebut dapat jelas terlihat:
Adalah pada suatu masa zaman Sultan Mu'azzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, dihadapi oleh segala menteri, hulubalang serta 'alim muta'alim, maka fakir pun hadzirlah mengadap baginda, penuh sesak di penghadapan itu membicarakan negeri dan mengaji kitab. Setelah itu maka titah baginda yang maha mulia, junjungkan ke atas jemala fakir, demikian titah yang maha mulia: 'Bahwa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurnia dengan sejarahnya'.
Beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Arab ialah: zaman, ibnu, 'alim muta'allim, fakir, hadzir, kitab. Petikan ini juga menunjukkan bahawa cerita tersebut digunakan sebagai alat untuk berdakwah bagi penyebaran agama Islam.
6.4 SEJARAH MELAYU
Bahasa yang hampir sama dengan Hikayat Merong Mahawangsa di atas dapat dilihat di dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang diperkirakan sudah ada pada tahun 1612 M. Perhatikan penggunaan perkataan dan jalan bahasanya:
Wa ba'adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya; dan pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan orang-orang besar bersenda gurau. Pada antara itu ada seorang orang besar, terlebih mulianya dan terlebih besar mertabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya.
Apa yang menarik dalam petikan ialah perkataan bahwa di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan bahawa pada Sejarah Melayu. Oleh kerana kedua-dua petikan ini ditransliterasikan daripada tulisan Jawi maka perbezaan tersebut tidak dapat dihindari. Walau bagaimanapun, perkataan asalnya ialah bhawa dalam bahasa Sanskrit.

6.5 HIKAYAT INDERAPUTERA
Naskhah Hikayat Inderaputera yang disalin ke dalam bahasa Melayu daripada sastera Hindu ditemui pada tahun 1634 M. Seperti juga hikayat yang lain, tahun penemuan ini bukanlah catatan karya tersebut ditulis. Walau bagaimanapun, cara cerita itu ditulislah yang menarik perhatian kita. Perhatikan petikan yang berikut ini:

Wa-bihi nasta'inu billahi 'ala. Ini pada menyatakan hikayat Inderaputera yang terlalu amat indah-indah keterangannya cinta berahi itu, pada masanya belum jadi johar patut dengan segala 'arif bijaksana, ialah yang terlalu amat mashhur di tanah manusia dan di tanah jin dan di tanah indera dan cendera dan di tanah mambang dan peri dan pada tanah dewa. Shahadan yang terlalu amat elok rupanya serta dengan sikapnya dan terlalu amat pantas kelakuannya.

Petikan ini akan lebih menarik apabila dibandingkan dengan Hikayat Bayan Budiman.
6.6 HIKAYAT BAYAN BUDIMAN
Jika Hikayat Inderaputera disadur daripada sastera Hindu, maka Hikayat Bayan Budiman pula daripada sastera Arab. Naskhah Hikayat Bayan Budiman yang ditulis dalam bahasa Melayu ditemui bertarikh 1736 M. Perbezaan jalan bahasa yang terdapat dalam kedua-dua petikan pendek ini memperlihatkan perbezaan yang agak ketara. Perbezaan ini tentulah bukan kerana sumber penyadurannya melainkan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Pada petikan Hikayat Inderaputera, Kata Hubung dan sangat kerap digunakan manakala pada petikan Hikayat Bayan Budiman penggunaan Kata Hubung ini semacam dihindari.
Di sekitar tahun 1800-an karya sastera berbahasa Melayu semakin banyak dikaji oleh bangsa Barat. Pada masa yang sama terjemahan daripada bahasa Arab terus lahir. Penerbitan suratkhabar, buku pelajaran, dan majalah berbahasa Melayu mulai muncul.
Suratkhabar Jawi Peranakan merupakan suratkhabar yang pertama terbit di Singapura iaitu pada tahun 1876 M dan majalah Pengasuh terbit pada tahun 1918 M. Sejak tahun 1887 M, buku untuk keperluan sekolah mulai diterbitkan. Hal ini berikutan dengan didirikannya Sekolah Rendah Melayu yang pertama di Tanah Melayu pada tahun 1821 M di Gelugor, Pulau Pinang.

6.7 IBRAHIM BIN SYUKRI
Pada awal abad ke-19 di Patani terdapat sebuah karya berkenaan dengan Patani bertarikh 1838 M. Karya yang dianggap paling hampir dengan kenyataan tentang kerajaan Patani ini ditulis oleh Ibrahim bin Syukri bertajuk Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Salah satu versi Hikayat Patani dikaji oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt. Bahagian awal Hikayat Patani tersebut dapat dilihat seperti petikan yang berikut ini:
Bismillahi-rrahmani-rrahim
Inilah suatu kisah yang diceterakan oleh orang tua-tua, asal raja yang berbuat negeri Patani Darussalam itu.
Adapun raja di Kota Maligai itu namanya Paya Tu Kerub Mahajana. Maka Paya Tu Kerub Mahajana pun beranak seorang laki-laki, maka dinamai anakanda baginda itu Paya Tu Antara. Hatta berapa lamanya maka Paya Tu Kerub Mahajana pun matilah. Syahdan maka Paya Tu Antara pun kerajaanlah menggantikan ayahanda baginda itu. Ia menamai dirinya Paya Tu Naqpa.
Petikan di atas memperlihatkan bahawa cara penceritaan lama, iaitu cara hikayat (sesuai dengan judul bukunya) masih berpengaruh. Hal yang amat ketara cara penceritaan hikayat, iaitu menggunakan permulaan ayat dengan perkataan: adapun, maka, hatta, syahdan. Penggunaan akhiran -an pada masa itu masih mengandungi makna yang berbeza dengan sekarang. Sebagai contoh: "... kerajaanlah menggantikan ayahanda baginda itu". Maksud kerajaanlah ialah naik takhta sehingga maksud kelompok kata tersebut ialah "... naik takhtalah menggantikan ayahanda baginda itu."
6.8 SHAIKH DAUD ABDULLAH
Pada tahun yang sama juga, Shaikh Daud Abdullah menghasilkan buku bertajuk Furu'al-masa'il. Buku ini merupakan terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Banyak perkataan Arab dimasukkan dalam terjemahan ini bahkan strukturnya juga betul-betul menggunakan struktur Arab kerana ia diterjemahkan seayat demi seayat. Walau bagaimanapun, usaha menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ini perlulah dihargai kerana kelak perbendaharaan bahasa Melayu diperkaya oleh bahasa asing ini.
6.9 ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSHI
Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munshi bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Ia melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu. Itulah sebabnya ia mengatakan:

Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya.
Di samping itu, jika kita bandingkan bahasa Melayu sebelum Abdullah dan bahasa yang digunakan oleh Abdullah nyatalah ada perkembangannya. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan yang berikut ini:
Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munshi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang, telah memberi sambutan dagangan kepada China sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri Pahang dan Trengganu dan Kelantan, Patani dan Senggora.
Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan Abdullah dinyatakan oleh Li Chuan Siu sebagai "Menciptakan perkataan-perkataan atau ungkapan baru dalam bahasa Melayu untuk mempercakapkan hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara kebudayaan Timur dan Barat". Perkembangan bahasa yang dibawa oleh Abdullah tidaklah menghairankan kerana ia mendapat pendidikan Inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan Arab.
6.10 RAJA ALI HAJI
Salah seorang di antara sasterawan yang sezaman dengan Abdullah Munshi tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza ialah Raja Haji Ali ibni Raja Haji Ahmad (1809-1870 M). Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab itu masih mengekalkan bahasa klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur bahasa Arab. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan Tuhfat al-Nafis seperti yang berikut ini:
Bi-'smi'llahi'r-rahmani'r-rahim. Maka pada ketika di dalam Hijrat al-Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam seribu dua ratus delapan puluh dua tahun dan pada tiga haribulan Syaaban yang maha besar dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab ini yang simpan, dan di dalamnya menyatakan silsilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala khabar-khabar daripada kisah Raja-raja Melayu serta Bugis dan kepada segala anak-anak mereka itu. Dan aku namai akan dia 'Tuhfat al-Nafis' pada menyatakan kelakuan daripada Raja-raja Melayu serta Bugis. Padahal mengharapkan aku akan Allah yang mengampuni daripada tersalah pada segala tawarikh dan pada perjalanannya. Ya Tuhanku, perkenankan oleh-Mu akan pinta hamba-Mu intiha.
Walaupun Raja Ali Haji dapat dikatakan sezaman dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, tetapi bahasa mereka nampak jauh berbeza. Hal ini tidaklah menghairankan kerana mereka memiliki latar belakang pendidikan yang berbeza, kerjaya yang berbeza, dan lingkungan yang berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan hidup di tengah-tengah masyarakat perdagangan di Singapura. Raja Ali Haji pula berpendidikan Arab, pendakwah, dan hidup di lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau.
Raja Ali Haji di samping menulis karya susastera beliau juga menulis nahu bahasa Melayu. Oleh kerana pengetahuan bahasa Arabnya tinggi maka nahu Melayu yang ditulisnya itu berdasarkan bahasa Arab. Tajuk buku tersebut ialah Bustanulkatibin bertarikh 1850 M. Walaupun nahu ini berdasarkan nahu bahasa Arab ia dianggap penting kerana buku inilah nahu bahasa Melayu pertama yang ditulis oleh orang Melayu (lihat Bab 5).
Di samping karya kesusasteraan dan nahu bahasa Melayu, Raja Ali Haji juga menghasilkan Kitab pengetahuan bahasa (1859 M), iaitu kamus bahasa Melayu. Buku ini sebenarnya tidak dapat dianggap sebagai kamus seratus peratus kerana bahagian awal bukunya ini membincangkan nahu bahasa Melayu secara ringkas dan sederhana (lihat Bab 5). Ia lebih sesuai dikatakan sebagai ensiklopedia. Walaupun tidak semua abjad ada di dalam kamus tersebut diakhiri sebahagian daripada perkataan berawalan ca ( c ) namun ensiklopedia ini, di samping erti perkataan disertakan juga penjelasan terhadap setiap perkataan termasuk penghuraian nahu bahasa Melayu walaupun berdasar-kan kaedah bahasa Arab.

6.11 PENGIRAN MUHAMMAD SALLEH
Pengiran Muhammad Salleh atau nama lengkapnya Pengiran Syahbandar Pengiran Muhammad Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda yang diperkirakan hidup di antara abad ke-18 hingga abad ke-19 telah meninggalkan satu karya yang bersejarah yang bernama Syair Rakis. Walaupun tarikh yang tepat penulisan Syair Rakis ini belum diketahui, tetapi bahasanya menunjukkan sedikit kelainan apabila dibandingkan dengan bahasa yang digunakan oleh Raja Ali Haji dan Abdullah Munshi.
Bahasa yang terdapat di dalam Syair Rakis lebih tersusun dan pengaruh bahasa Arab tidak begitu ketara. Perhatikan bahasa yang digunakan di dalam Syair Rakis seperti yang berikut ini:

Bismillah itu mula karangan
Kisah rancana dagang buangan
Di gunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri
Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada dimakan
Sebut namaku dagang asmara
Bercarai (bercerai) dengan sanak saudara

Namaku Misa Panji Larangan
Sudah sekarang buang-buangan.
Syair ini lebih memperlihatkan berkurangnya pengaruh perkataan Arab di dalamnya. Jalan bahasanya juga lebih mudah difahami kerana ia sudah mengarah pada jalan bahasa Melayu yang sebenarnya. Perkataan rancana dan bercarai yang terdapat dalam petikan di atas berlaku, kemungkinan kerana masalah pentransliterasian daripada huruf Jawi ke huruf Rumi.
6.12 MUHAMMAD IBRAHIM MUNSHI
Muhammad Ibrahim Munshi ialah anak Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Muhammad Ibrahim melanjutkan cita-cita ayahnya menyusun nahu bahasa Melayu. Pada tahun 1878 M lahirlah buku Kitab Pemimpin Johor (lihat bab 5). Buku ini merupakan aturan bunyi bahasa Melayu, penggunaan perkataan dan jalan bahasa Melayu. Perhatikan pernyataannya yang terlihat dalam petikan yang berikut ini:
Ada pun isi kitab ini menyatakan bahasa dan pancaindera pertuturan serta aturan huruf-huruf dan bunyinya serta gunanya dan perkataan dan perenggan kata di dalam surat-surat Melayu serta syarat-syarat dan huruf-huruf saksi dan gantinya dan petua mengeja dan hubungan huruf-huruf serta pangkat-pangkat bunyinya dan tabi'atnya serta beberapa jenis tanda-tanda yang patut dipakai, kerana belum ada, serta nama-namanya dan kuasanya dan gunanya dan bahasanya dan tempatnya serta sebab-sebabnya dan sebagainya dengan sempurnanya.
Walaupun Muhammad Ibrahim mendapat pendidikan Inggeris dan buku Kitab pemimpin Johor tersebut beracuankan bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan. Hal ini juga terlihat dalam karyanya bertajuk Kisah pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi (1872 M). Perhatikan petikan cerita tersebut seperti yang berikut ini:
Shahadan setelah kami singgah di situ sejurus lamanya, dengan hairanku melihat hal sami-sami itu membaca-membaca dan sembahyang membawa perempuan-perempuan itu menyembah berhalanya itu, lepas seorang seorang, dengan terlalu hormat dan yakin mereka itu dan adalah pula di situ beberapa jirat-jirat mereka itu daripada batu jua.
Perkataan membaca-membaca yang terdapat dalam petikan ini timbul kerana peraturan menggandakan perkataan dalam tulisan Jawi menggunakan angka 2 ( 2 ) dan tiada penggunaan tanda sempang di antara perkataan. Oleh yang demikian, transliterasinya menghasilkan perkataan seperti di atas walaupun cara menyebutnya dan maksudnya ialah membaca-baca.

Pengaruh nahu Arab dalam penggandaan ini terlihat juga pada perkataan lain seperti: sami-sami, perempuan-perempuan, dan jirat-jirat. Pengaruh penggandaan untuk maksud jamak ini terbawa hingga sekarang walaupun ada di antara ahli bahasa terdahulu yang menganggap penggandaan untuk maksud jamak dalam bahasa Melayu tidaklah begitu tepat.
Muhammad Ibrahim Munshi menubuhkan satu organisasi yang diberinya nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888 M). Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti: setiausaha, pejabat, dan kerjaraya. Pada tahun 1934 M nama pertubuhan ini diubah menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.

6.13 SYED MAHMUD, ALANG AHMAD, DAN MUNSHI SULAIMAN
Ada tiga orang pengembang bahasa Melayu yang patut juga diingat, iaitu Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir al-Hindi, Alang Ahmad bin Muhammad Yunus, dan Munshi Sulaiman bin Muhammad Nur. Syed Mahmud terkenal kerana usahanya menghasilkan buku ilmu pengetahuan, Alang Ahmad dengan karya terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang diberinya tajuk Hikayat penerang Hati (daripada Aesop's Fables), dan Munshi Sulaiman dengan kumpulan bidalan dan teka-teki.

Di antara ketiga-tiga penulis di atas, hanya Syed Mahmud yang berkecenderungan terhadap ilmu bahasa. Ia berjaya menyusun Kamus Mahmudiyyah (1894 M). Kamus ini kemudian diulang cetak pada tahun 1925 M di Kota Bharu, Kelantan. Walaupun kebanyakan bukunya merupakan saduran atau terjemahan daripada bahasa Inggeris tetapi buku tersebut digunakan di sekolah Melayu pada masa itu.

6.14 MUNSHI MUHAMMAD SAID
Munshi Muhammad Said ialah pengarang pertama suratkhabar Jawi Peranakan, iaitu suratkhabar Melayu yang pertama diterbitkan di Tanah Melayu (1876 M). Isi suratkhabar ini berkenaan dengan berita dalam dan luar negeri, rencana berkenaan dengan nasihat, dan juga iklan. Pada tahun 1880 M untuk pertama kalinya terbit iklan yang berbunyi: "Hikayat Abdullah telah dicap semula oleh Asiatic Society, siapa berhajat memesannya boleh berhubungan dengan pihak yang berkuasa Rumah Gambar Singapura".

Sejak munculnya surat khabar Jawi Peranakan ini muncullah pelbagai surat khabar sama ada diterbitkan di Singapura, di Pulau Pinang, dan di Perak. Suratkhabar ini melanjutkan tradisi pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan sedikit demi sedikit perkataan dan istilah bahasa Inggeris pula mulai diperkenalkan.

6.15 KESIMPULAN
Daripada huraian di atas terlihatlah betapa pengaruh bahasa Arab begitu kuat memperkembang bahasa Melayu. Hal ini terlihat walaupun beberapa penulis telah mendapat pendidikan Inggeris, ternyata unsur bahasa Inggeris itu seboleh-bolehnya mereka hindari. Hal ini erat juga hubungan dengan pendidikan awal mereka. Walaupun mereka mendapat pendidikan Inggeris, tetapi mereka juga mendapat pendidikan Arab, dan tulisan Jawi yang diubahsuaikan daripada bahasa Arab itu membuat hubungan secara tidak langsung dengan bahasa Arab. Lagi pula hampir semua penulis tersebut beragama Islam yang mempunyai pertalian langsung dengan kesusasteraan dan pengetahuan bahasa Arab.
Dengan munculnya penerbitan suratkhabar yang juga menyiarkan berita luar negeri, maka penggunaan perkataan atau istilah Inggeris mulai diperkenalkan dan diterima. Perkataan dan istilah daripada bahasa Inggeris ini digunakan kerana keperluan dan ketika itu pengawalan bahasa belumlah ada. Keadaan ini samalah halnya dengan kemasukan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.